Bagi kebanyakan orang Malaysia, sate bukan pilihan untuk sarapan pagi. Ianya berlainan bagi warga utara Johor bahagian Muar, Tangkak, Pagoh termasuk sebahagian penduduk Melaka kerana menikmati sate ketika sarapan adalah kebiasaan. Dan, salah satu restoran sate yang sohor di Muar, Johor ialah ZZ Satay Warisan yang bertempat di 13, Jalan Majidi.
Sarapan Johor Unik di Kacang Pool Haji, Johor Bahru
Hidangan Kacang Pool ini merupakan hidangan sarapan unik negeri Johor. Tetapi sejarahnya tidak bermula di negeri ini. Sebaliknya Kacang Pool merupakan makanan Timur Tengah yang dikenali sebagai Ful medames, atau Fūl.
Roti Bun Bakar Kaya Mentega Sedap Sangat di Original Kluang Rail Coffee, Kluang
Kerana Roti Bun Bakar Kaya Mentega inilah, kami sanggup memandu lebih 250km untuk bersarapan di The Original Kluang Rail Coffee di Kluang, Johor.
Mencari Roti Canai Pelangi di Kuala Selangor
Mencari sarapan pagi sehingga ke Kuala Selangor memang kedengaran sedikit keterlaluan terutama kepada kepada orang Lembah Klang, tetapi kalau apa yang ditawarkan premis ini memuaskan hati, apa salahnya! Meriahkan hujung minggu anda dengan pilihan roti canai yang pelbagai daripada Warung Dimyati Roti Canai Pelangi yang terletak di Kampung Sungai Yu di Kuala Selangor.
Sate 7 Pagi – Aneka Sarapan Orang Selatan!
Bila bercerita tentang sarapan sate, memang terus teringat bandar Maharani di Johor Darul Takzim. Tetapi, kali ini mymuslimin tidak perlu pandu jauh ke selatan kerana Sate 7 Pagi menyediakan menu hidangan Johor beraneka pilihan hanya beberapa kilometer sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur.
Nasi Lemak Depan Kubur – Sedap Berhantu!
Untuk warga kota yang ingin mengubah angin di hujung minggu tetapi tidak boleh bercenggang daripada nasi lemak sebagai sarapan, mymuslimin.com ingin mencadangkan restoran Nasi Lemak Depan Kubur yang membuat anda tidak kisah memandu sebentar dan membayar tol untuk sampai ke sini.