Jemput lihat gambar-gambar yang sempat dirakam mymuslimin ketika kembara Umrah musim sejuk baru-baru ini. Kami di mymuslimin mendoakan agar kita semua dijemput Allah SWT untuk menjadi tetamunya ke tanah haram Mekah al-Mukarramah dan kota Rasulullah SAW Madinah Al-Munawwarah. Amin.
Kembara Umrah MyMuslimin 2023
Saksikan kenangan manis Mymuslimin serta jemaah Umrah yang lain di bumi Haramain melalui siri video ini.
Dua Jenis Kategori Penipuan Pakej Umrah Yang Kita Harus Awasi
Beberapa bulan yang lalu, kita dikejutkan dengan berita kes penipuan pakej haji dan umrah dengan anggaran kerugian lebih RM5 juta. Susah tentu kita akan berasa sedih dan marah apabila membaca laporan sebegitu. Apakah jenis penipuan pakej umrah Yang sering terjadi? Dengarkan penjelasan oleh pegawai JAWHAR,Ustaz Khairul Anuar ini untuk dijadikan peringatan kita bersama.
Kisah Umrah – Teguran Buat Tetamu Allah SWT
Saya nak bagi sedikit teguran buat tetamu-tetamu Allah swt yang Allah swt sendiri jemput ke Baitullah dan Madinatunnabi. Satu sahaja perkara yang buat hati saya rasa ralat dan terkilan adalah tabiat buruk DuyufurRahman (tetamu Allah swt) di bumi Makkah dan Madinah.