Mymuslimin mengucapkan Salam EidulAdha kepada semua umat Islam di Malaysia dan di mana sahaja anda sekalian berada. Marilah kita semua berdoa agar diberi kefahaman yang mendalam tentang erti pengorbanan seperti yang telah dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Sesungguhnya setiap pengorbanan perlu disertai keikhlasan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Semoga di EidulAdha ini kita semua mendapat kejayaan, kerahmatan dan limpah kurnia Allah yang Maha Esa. Amin ya rabbal alamin.
Agong, Permaisuri Zahirkan Kesyukuran Selepas Berwukuf Di Arafah
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dengan keizinan Allah SWT telah berangkat untuk berwukuf di Arafah dan seterusnya bermabit di Muzdalifah semalam (27 Jun 2023).
Apakah Hukum Peniaga Guna Testimoni Palsu Untuk Tarik Pelanggan?
Terkini, seperti yang kita boleh perhatikan di media sosial dan di platform membeli belah atas talian, salah satu cara untuk meningkatkan hasil jualan ialah dengan membuat testimoni dan reviu palsu untuk menarik pelanggan atas alasan strategi pemasaran. Apakah hukumnya melakukan perkara tersebut?
Meletakkan ‘bin’ Dan ‘binti’ Pada Daftar Kelahiran Anak Menurut Syarak
Tular di media sosial trend ibu bapa muda pada hari ini yang tidak meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak ketika mendaftarkan kelahiran. Apakah pandangan meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ mengikut syarak?
Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak Paling Popular Di Kalangan Pelancong Tempatan
Pada tahun 2022, jumlah ketibaan pelawat domestik di Malaysia telah mencatatkan 171.6 juta pelawat berbanding 66.0 juta pelawat pada 2021. Selangor merupakan negeri yang paling popular dikunjungi pelawat domestik pada 2022, merekodkan 22.0 juta pelawat, diikuti W.P Kuala Lumpur dan Sarawak masing-masing menerima 16.9 juta, dan 15.5 juta pelawat domestik.
Khutbah Arafah 1444H: Umat Yang Satu
Khutbah Arafah menyeru kepada semua tidak kira siapa pun untuk meninggalkan sikap keakuan, iaitu dengan menyerahkan sepenuh keabdian dan ketaatan hanya kepada Allah Azza wa Jalla. Ingatlah pesanan Nabi Muhammad SAW melalui sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras kamu, juga tidak kepada harta kamu, akan tetapi Dia melihat kepada hati dan amal kamu”. (HR Imam Muslim)