Melayari Perkahwinan: Cukupkah Hanya Berbekal Cinta?  

Ketika dilamun cinta, pasangan merasakan dunia ini mereka yang punya. Bila bersama, segalanya sempurna, bahagia dan akan kekal selamanya. Cinta memberi kesan fatamorgana kepada ramai manusia yang menyebabkan kaki tidak berpijak di bumi yang nyata. Walaupun seringnya cinta membawa kepada perkahwinan, namun apabila masalah datang bertalu-talu ke dalam rumahtangga, adakah cinta sahaja mampu bertahan? Mampukah cinta kekal selamanya?

Mencari Sakinah Dalam Perhubungan

Untuk menghasilkan sakinah dalam perkahwinan, suami dan isteri perlulah belajar untuk memahami perbezaan dan sumbangan masing-masing dalam perhubungan. Berusahalah untuk mengenali pasangan kita dengan lebih dekat. Proses ini tidak mudah atau cepat.

TwtJodoh – Trend Terbaharu Mencari Pasangan

Di zaman datuk nenek kita dahulu, wanita hanya duduk di rumah menunggu keluarga lelaki masuk meminang. Apabila wanita sudah ramai masuk universiti dan menyumbang kepada ekonomi, pemikiran lebih moden, lantas lebih selesa mencari pasangan sendiri dan tidak lagi ingin bergantung kepada padanan keluarga. Sekarang, lain pula trendnya. Golongan muda zaman ini lebih proaktif dengan mengiklankan diri dengan tag @TwtJodohMy di platform Twitter untuk mencari calon suami dan isteri.

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

Perkahwinan itu sebenarnya menuntut lebih daripada cinta untuk berjaya kerana apabila dua individu hidup bersama, cabaran yang dihadapi tidak sama ketika belum berumahtangga. Apabila kita merelakan individu lain ke dalam hidup kita dan berkongsi suka, duka, dan segalanya, bermacam perkara boleh berlaku yang menyebabkan kita rasa sudah tidak serasi bersama, dan akhirnya memilih untuk mencari jalan keluar, meruntuhkan perkahwinan di tengah perjalanan. Kenali 7 masalah perhubungan yang sukar dipulihkan dan elakkan diri daripada terjerumus ke dalamnya. 

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑