Asmaul Husna yang ke-48 ialah Al-Wadud yang membawa makna Tuhan Yang Maha Kasih dan Sayang kepada hamba-Nya.
ASMAUL HUSNA – AL-HAKIM (Yang Maha Bijaksana)
Justeru itu orang-orang yang beriman sewajarnya melipat-gandakan usaha untuk menjadikan dirinya sebagai manusia yang bijak.
ASMAUL HUSNA – AL-WASI’ (Yang Maha Luas)
Ilmu Allah SWT sangat menyeluruh dan meluas sehingga meliputi segala sesuatu.
ASMAUL HUSNA – AL-MUJIB (Yang Maha Mengabulkan)
Apabila seseorang hamba menyeru nama-Nya dalam doa atau rintihan hati mereka, ketika itu seruannya akan disahut.
ASMAUL HUSNA – AR-RAQIB (Yang Maha Mengawasi)
Ikuti kisah Saidina Umar bin Al-Khattab dengan pengembala kambing dan penjual susu.
ASMAUL HUSNA – AL-KARIM (Yang Maha Mulia)
Allah SWT sangat suka jika semakin banyak manusia meminta kepada-Nya, sedangkan manusia semakin membenci jika orang lain suka meminta-minta kepadanya.
ASMAUL HUSNA – AL-JALIL (Yang Maha Mempunyai Kebesaran)
Asmaul Husna yang ke-42 ialah Al-Jalil yang membawa maksud Tuhan Yang Maha Mulia atau Tuhan Yang Maha Besar atau Tuhan Yang Maha Tinggi Martabat-Nya.
ASMAUL HUSNA – AL-HASIB (Yang Maha Mencukupi)
Seharusnya manusia mesti merasa cukup dengan apa yang mereka miliki supaya mereka sering bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan harta kekayaan.
ASMAUL HUSNA – AL-MUQIT (Yang Maha Memberi Kecukupan)
Dengan rahmat Allah SWT Yang Maha Mencukupkan inilah manusia berupaya mencari ikhtiar dan berusaha untuk hidup di atas muka bumi ini.
39. ASMAUL HUSNA – AL-HAFIDZ (Yang Maha Memelihara)
Allah SWT juga memelihara amalan manusia sama ada amal yang soleh atau amal kejahatan, sehingga tiada sedikitpun yang disia-siakan.
38. ASMAUL HUSNA – AL-KABIR (Yang Maha Besar)
Kebesaran Allah SWT itu tidak dapat dibayangkan oleh manusia.
37. ASMAUL HUSNA – AL – ‘ALIYYU (Yang Maha Tinggi)
Asmaul Husna yang ke-37 ialah Al-’Aliyyu iaitu Tuhan Yang Maha Tinggi.
36. ASMAUL HUSNA – ASY-SYAKUR (Yang Maha Membalas Budi)
Asmaul Husna yang ke-36 ialah Asy-Syakur yang membawa erti Tuhan Yang Maha Pembalas. Allah SWT pasti membalas segala amal kebajikan hamba-Nya sebagaimana yang dijanjikan. Orang-orang mukmin yang beramal soleh akan menerima balasan syurga, sementara orang-orang kafir dan ahli maksiat akan menerima balasan neraka.
35. ASMAUL HUSNA – AL-GHAFUR (Yang Maha Pengampun)
Asmaul Husna yang ke-35 ialah Al-Ghafur yang membawa maksud Tuhan Yang Maha Pengampun, ataupun Tuhan yang suka menutup kesalahan hamba-Nya. Sekiranya suatu dosa dan maksiat yang dilakukan oleh seseorang sudah ditutup oleh Tuhan sehingga tidak ada manusia lain yang mengetahuinya, sewajarnya orang itu segera memohon keampunan daripada Allah SWT.
34. ASMAUL HUSNA – AL-AZHIIM (Yang Maha Agung)
Asmaul Husna yang ke-34 ialah Al-Azhiim yang bererti Tuhan Yang Maha Agung. Maksud agung di sini ialah Zat Tuhan Yang Maha Agung. Oleh kerana keagungan Allah SWT bukan dalam bentuk yang boleh dilihat dengan mata kasar maka Rasulullah SAW sendiri melarang manusia membincangkan tentang Zat Allah SWT.
33. ASMAUL HUSNA – AL-HALIIM (Yang Maha Lemah Lembut)
Walaupun terdapat manusia yang mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu yang tidak selayaknya, namun Allah SWT bersifat Al-Haliim.
32. ASMAUL HUSNA – AL-KHABIIR (Yang Maha Mengetahui Rahsia)
Sebagai hamba Allah, hendaklah kita mengambil contoh daripada sifat Allah SWT yang bernama Al-Khabiir. Jangan sampai kejahilan terus mencengkam diri.
30. ASMAUL HUSNA – AL-’ADLU (Yang Maha Adil)
Oleh kerana Allah SWT bersifat adil terhadap hamba-Nya, maka manusia juga mesti mengambil pengajaran daripada sifat Allah SWT yang Maha Adil.
29. ASMAUL HUSNA – AL-HAKAM (Yang Maha Menghakimi)
Kehakiman Allah SWT adalah kehakiman yang tidak berat sebelah, kerana Allah SWY tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk membuat keputusan berat sebelah.
28. ASMAUL HUSNA – AL-BASIR (Yang Maha Melihat)
Allah SWT Maha Melihat sama ada dalam gelap mahupun terang, dalam nyata mahupun tersembunyi. Dengan beriman kepada Allah SWT yang bersifat Al-Basir, segala kemungkaran dan kejahatan akan dapat dihindari.