7  Sebab Mengapa Pekerja Lompat Kerja

Zaman sekarang bukanlah seperti di zaman dahulu di mana semangat setia pekerja kepada syarikat utuh. Seorang pekerja boleh setia berpuluh tahun lamanya. Tenaga kerja baharu lebih senang mengucap bye bye kepada majikan jika pekerjaan yang ditawarkan tidak setimpal dengan usaha yang mereka curahkan untuk jawatan tersebut. Ketahui 7 sebab mengapa pekerja berhenti kerja dan mencari kerja lain. 

Cara Pengurusan Mikro – Berkesan atau Menekan? 

Pengurusan mikro ini melibatkan pengurus yang tidak memberi kebebasan kepada kakitangannya untuk melakukan tugasan mereka. Pengurus mikro selalunya akan mengawal setiap langkah pekerjanya dengan memberi teguran bagaimana tugasan itu boleh dilakukan dengan lebih baik, mengikut cara dia. Apakah kesan pengurusan cara ini kepada kakitangan? Adakah baik atau sebaliknya?

5 Cabaran Lazim Dalam Kerjaya – Adakah Anda Sedang Mengalaminya?

Setiap pekerja mempunyai impian di alam pekerjaan sebagai contoh jawatan yang diidamkan, atau projek yang disasarkan. Tetapi, dalam masa yang sama, pekerja juga perlu peka dengan cabaran yang akan muncul di sepanjang perjalanan kerjaya yang berpotensi mengugat perjalanan kerjaya masing-masing. Artikel ini mengetengahkan 5 cabaran lazim yang pasti dialami oleh pekerja di sepanjang kerjayanya. 

5 Kesan Buruk Ekonomi Gig 

Peluang pekerjaan ekonomi gig memberi pendapatan tunai serta-merta dan masa anjal yang sesuai dengan gaya hidup orang muda. Walaupun keputusan yang diambil ramai orang muda untuk menceburkan diri dalam ekonomi gig tidak salah, ianya tidak matang dan tepat dalam jangkamasa panjang untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar.

Buang 8 Sikap Ini di Tempat Kerja!

Tempat kerja ialah tempat kita mencari rezeki. Apabila ditemuduga, selalunya calon akan menjanjikan yang terbaik untuk majikannya. Namun begitu, setelah diterima bekerja, ramai di antara pekerja yang mula menunjukkan sikap buruk yang bukan sahaja akan menjejaskan prestasi kerja, tetapi juga akan menurunkan semangat pekerja lain yang terlibat. Mymuslimin.com menyenaraikan 8 sikap negatif yang biasa berlaku di tempat kerja, dan bagaimana cara mengatasinya.

8 Cara Untuk Cemerlang Di Tempat Kerja

Tempat kerja di mana saja ia berada, samada di pejabat atau di samudera raya, merupakan tempat kita mencari rezeki yang halal untuk menampung kehidupan diri dan keluarga. Walaupun setiap bulan kita dibayar oleh majikan untuk tugasan yang telah dilaksanakan, ini tidak bermakna yang kita tidak boleh memberi lebih dan menawarkan diri kita yang terbaik untuk syarikat atau organisasi.  Mymuslimin.com menyenaraikan 8 cara untuk menjadi cemerlang di tempat kerja. 

4 Softskill Yang Menarik Hati Majikan Pada Tahun 2022

Aduhai, dah pergi banyak interview ni, satu pun tak sangkut. Sijil ada, keputusan boleh tahan, nak kata muka toye, tak juga, saya rasa saya comel je, jadi kenapa ye? Saya dah penat berusaha, tapi kenapa tak dapat kerja juga? Inilah masalah utama graduan apabila melangkah ke dunia pekerjaan. Jika dilihat dari sudut sijil dan keputusan, rata-rata yang datang temuduga berada di tahap yang sama. Jadi bagaimana anda sebagai seorang calon hendak menyerlah berbanding yang lain?

Ketua Yang Baik Ada 8 Ciri Ini

Ada orang dilahirkan mempunyai sifat kepimpinan semulajadi yang menyerlah. Ada orang yang belajar daripada pengalaman dan berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik berdasarkan tip-tip yang mereka pelajari. Sifat kepimpinan yang baik akan mewujudkan pasukan yang baik, bervisi, berdisiplin dan mampu mengharungi cabaran yang mendatang dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

Mencari Pendapatan Barakah – Elakkan 6 Perkara Ini

Pendapatan yang barakah tidak dapat diterangkan secara logik akal, mengapa mereka yang berpendapatan tidak sebanyak mana pada pendapat ramai tetapi cukup segalanya, tiada terasa kesempitan rezeki. Manakala, mereka yang secara zahirnya memperoleh lebih tetapi seringkali terasa tidak cukup dan sering ditimpa keresahan. Apabila seorang muslimin keluar mencari rezeki, Islam menggariskan adab-adab yang perlu dipatuhi.

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑