Lebih daripada 1.8 juta umat Islam telah dikurniakan keizinan Allah untuk mengerjakan Ibadah Haji pada tahun ini. Alhamdulillah. Antara duyufurrahman ini adalah sahabat mymuslimin, Haji Johan Ishak yang sempat merakamkan perjalanan beliau dalam menuju keredaan dan keampunan Allah SWT.
Arab Saudi Iktiraf Perkhidmatan Terbaik TH
Kerajaan Arab Saudi sekali lagi mengiktiraf Lembaga Tabung Haji (TH) apabila menyampaikan Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Urusan Haji.