Dalam pasaran hari ini terdapat pelbagai jenis sejadah. Antaranya, ada yang sangat empuk dan lembut sehingga tenggelam dahi apabila sujud. Sesetengah orang berpendapat bahawa ia menambahkan lagi kekhusyukan dalam solat manakala sesetengah berpendapat tidak sah solat kerana tidak tetap dahi. Adakah dibolehkan dan sah solat di atas sejadah yang empuk dan lembut tersebut?