Al-Inarah™ merupakan aplikasi peranti pintar pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat soal jawab kemusykilan agama yang dikendalikan oleh Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Memelihara Kesucian Al-Quran Tanggungjawab Bersama
Khutbah Jumaat kali ini menekankan tentang tanggungjawab masyarakat untuk memelihara ketepatan cetakan mushaf al-Quran di Malaysia. Usaha ini memerlukan kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan dengan orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, penyelewengan, dan pemalsuan, kerana umat Islam itu wajib memelihara kesucian al-Quran.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Integriti Cerminan Mukmin
Mimbar mengingatkan jemaah tentang kepentingan integriti kerana ia adalah petunjuk ketakwaan insan. Takwa itu termasuklah memiliki kesedaran tentang konsep ketuhanan yang tinggi bahawa Allah SWT sentiasa memerhati kita sepanjang masa sehingga kita tidak berani untuk lalai apatah lagi melakukan maksiat terhadapnya. Ia terbentuk melalui sifat jujur, bersungguh-sungguh dan kebolehpercayaan dalam melaksanakan sesuatu tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri.