Para ulama’ Sufi membahaskan perihal qalb, fu’ad dan sadr dalam bab peringkat hati (martabat al-qalb). Hati, nurani, sanubari atau istilah-istilah yang berkaitan menjadi perbahasan utama dalam ilmu tasawwuf kerana antara matlamat utama pengamalan tasawwuf itu sendiri adalah penyucian hati (tazkiyyatunnafs) bagi mencapai martabat ihsan.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Ibrah Dan Pengajaran Umat Palestin
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Betapa besarnya ujian yang menimpa umat Palestin sukar untuk digambarkan. Namun begitu, dalam menyelami konflik tersebut terdapat ibrah dan pengajaran kepada umat Islam untuk melihat perkara tersebut dengan mendalam dan memahami hikmah di sebalik sesuatu kejadian.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Kepimpinan Yang Diberkati
Khatib mengingatkan jemaah bahawa karakter seorang pemimpin sangat berkait rapat dengan karakter para rakyatnya. Jika rakyatnya baik, maka pemimpin juga baik. Begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, sangat penting bagi kedua-dua belah pihak – yakni pemimpin dan rakyat – saling mendoakan kebaikan antara satu sama lain dalam mewujudkan kitaran hubungan yang positif antara semua warganegara.