Bila tiba hujung tahun, ramai yang bercadang untuk bercuti keluar negara. Sebelum tiba harinya, marilah kita ulangkaji topik tentang solat di atas kapal terbang.
Adakah Perlu Mengangkat Takbir Ketika Hendak Rukuk Dan I’tidal?
Saya melihat pelbagai cara masyarakat kita mendirikan solat. Contohnya, ketika hendak rukuk, ada yang mengangkat untuk takbir dan ada yang tidak melakukannya. Begitu juga ketika i’tidal. Kadang-kadang, ada yang mengangkat tangan pada satu tempat dan tidak pada tempat yang lain. Bahkan, lebih dari itu, ada yang menegur orang lain supaya mengikut seperti yang dia lakukan. Jadikan bagaimanakah yang sepatutnya dan apa hukumnya?