Khutbah Jumaat kali ini khatib mengutarakan tentang kepentingan integriti dalam Islam yang kerap kali dikaitkan dengan konteks amanah dan itqan yakni bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Keluarga Harmoni, Negara Madani
Mimbar menyeru sidang jemaah untuk bersama mengamalkan nilai kasih MADANI dalam kehidupan kita dengan berlandaskan syariat Islam. Konsep negara MADANI memfokuskan untuk melahirkan dan mengukuhkan nilai-nilai individu dan masyarakat bagi mencapai kesejahteraan dan kemakmuran.
Larangan Menuduh Orang Lain Sebagai Murtad
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menjelaskan berkenaan larangan menuduh orang lain sebagai murtad atau terkeluar dari Islam serta implikasi yang besar dan berat kepada si penuduh.
Bolehkah Cukur Rambut Bayi Terlebih Dahulu Sebelum Melakukan Aqiqah?
Adakah dikira sunat sekiranya mencukur rambut anak lelaki yang baru lahir terlebih dahulu sebelum melakukan aqiqah kerana tidak cukup wang untuk melakukan majlis aqiqah pada hari ke-7 kelahiran?
Hadis 40 Imam Nawawi: Hadis 5 – Amalan Yang Tertolak
Hadis kelima ini menekankan tentang penolakan setiap perkara bidaah dan setiap perkara (dalam urusan agama) yang direka dan diada-adakan.
10 Sebab Jangan Makan Berlebihan!
Sekarang ini ada kita lihat penjual yang menawarkan konsep makanan selambak, sos meleleh, makan sampai tersandar, makan dengan cara gelojoh dan sebagainya. Hakikatnya, Islam melarang umatnya daripada makan berlebihan walaupun dari sumber yang halal kerana kesannya kepada ibadah dan amalan sangat besar. Baca pesanan Imam Ghazali tentang 10 keburukan makan banyak dan berlebihan!
Hukum Air Mazi Ketika Proses Persetubuhan
Apa hukum air mazi yang keluar pada kemaluan suami atau isteri ketika proses bersetubuh? Sebagai contoh, suami sentuh kemaluan isteri ketika proses bersetubuh dengan tangan dan dalam masa yang sama tangan itu sentuh pada tempat lain seperti tilam, bantal, selimut atau sebagainya.
Tipu Daya Iblis Terhadap Orang Awam – Mempermainkan Azab Allah
Orang awam yang telah berjaya ditipu oleh Iblis adalah orang yang tidak berasa bersalah apabila melakukan maksiat, mereka yang tidak meninggalkan nikmat yang ada di dunia semata-mata mahu menunggu nikmat di akhirat.