Sa’ad bin Mu’az telah wafat pada tahun kelima hijrah dan ketika itu ‘Arash bergegar disebabkan kematian beliau. Para ulama’ menyatakan bahawa para malaikat bergembira dengan kedatangan Sa’ad bin Mu’az melihat kepada kedudukannya.
Berkirakah Kita Dengan Allah?
Segala apa yang dikecapi sepanjang hayat, semuanya merupakan pemberian Allah SWT yang tidak terhitung banyaknya. Bahkan, Allah SWT tidak pernah meminta kita untuk membayarnya semula. Menyedari akan hakikat ini apakah kita masih lagi mahu berkira-kira sehingga timbul rasa rugi untuk bersedekah, berinfaq dan membantu orang lain dalam membuat kerja-kerja kebaikan?
Misteri Rezeki
Sebahagian daripada kita menganggap rezeki itu adalah harta yang melimpah, pekerjaan yang hebat, anak yang ramai, pasangan yang cantik atau kacak dan hidup yang senang-lenang. Namun begitu, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan rezeki?