Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Kewajipan Memelihara Keluarga

Menjadi seorang suami atau bapa itu adalah anugerah Allah SWT kepada kita. Ahli keluarga kita sama ada suami, isteri, ibu bapa atau anak-anak, semuanya mempunyai nilai tersendiri dan Islam menuntut kita untuk menunaikan kewajipan yang perlu ditunaikan terhadap mereka. Dalam khutbah kali ini, Khatib menasihatkan ketua dalam sesebuah keluarga untuk menentukan hala tuju ahli keluarga kita sama ada bakal menghuni syurga atau menerima azab neraka di akhirat kelak.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Menjadi Mukmin Berjaya 

Dalam merancang kehidupan dan masa depan yang lebih baik, kita hendaklah menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dan rujukan utama lebih-lebih lagi kita sebagai mukmin beriman bahawa kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara dan jambatan menuju akhirat yang abadi. Khutbah kali ini mengupas ciri-ciri mukmin yang berjaya yang disebut di dalam surah al-Mu’minuun sebagai panduan semua.

Blog at WordPress.com.

Up ↑