Bahagia: Hakikat Dan Cara Kita Meraihnya

Artikel ini membincangkan dengan khusus berkaitan kebahagiaan yang sering dinyatakan dan diwar-warkan oleh pelbagai pihak. Hakikatnya, bahagia yang dicanang seolah-olah hilang dan tidak muncul dalam kehidupan seseorang. Ada pula yang menyangkakan kerjaya, amalan, tingkahlaku yang dilakukan itu boleh membawa kebahagiaan sedangkan ia bercanggah dengan agama. Justeru, bukanlah bahagia kalau kita berada dan bergelumang dalam maksiat, tetapi bahagia yang hakiki tatkala kita dapat menempatkan diri kita dalam ketaatan kepada Allah SWT.

Peringatan Al-Quran

Klik untuk membaca tafsir ringkas Surah al-Anbiyaa' ayat 78-82 yang menceritakan kisah Nabi Daud a.s dan Nabi Sulaiman a.s. serta nikmat-nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada mereka.

Jauhi Syirik Untuk Mewah

Keghairahan manusia mengejar kemewahan harta menyebabkan sebahagiannya tergelincir ke lembah kesyirikan. Antaranya ialah manusia yang melakukan ritual-ritual tertentu seperti berpuasa hanya dengan memakan nasi putih tanpa lauk, berpuasa siang malam, melakukan pertapaan atau sebagainya.

Tanggungjawab Seorang Pendakwah

Saya merupakan anak bagi seorang pengajar agama yang mempunyai mahaad tahfiz. Pada mulanya semua dalam keadaan baik saja tetapi apabila ekonomi tidak menentu, hal ini telah membebankan kami sekeluarga. Disebabkan itu, ayah saya bekerja siang malam untuk menampung mahaad tahfiz itu lebih daripada menampung kami sekeluarga. Dan dari situ berlakulah keruntuhan rumahtangga yang telah puluhan tahun dibina disebabkan mahaad tahfiz yang cuba dibina. Jadi soalan saya, wajarkah tindakan ayah saya?

Dabbatul Ard (دابة الأرض): Hakikat Dan Kemunculannya

Berdasarkan kepada himpunan nas, beberapa ciri Dabbatul Ardh, antaranya: Ia merupakan haiwan yang aneh, tidak seperti haiwan yang biasa, berbulu, berkaki empat dan berkuku, tidak berekor, bertanduk, tinggi dan besar. Ia boleh berkata-kata dan memahami bahasa manusia. Ia akan berkata kepada orang yang tidak beriman bahawa manusia telah tidak lagi meyakini ayat-ayat Allah seperti terakam dalam surah al-Naml ayat 82.

Kahwin Kontrak

Terdapat laporan di dada akhbar baru-baru ini terutama tentang janda dan anak dara tua beralih memilih lelaki asing sebagai pasangan bagi mengelak stigma masih tidak berkahwin. Namun, terdapat terma dalam perkahwinan ini yang menjadikan ia bertentangan dengan maqasid syariat dalam perkahwinan kerana ia dilakukan untuk jangka waktu tertentu.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Binalah Kasih Sayang Dengan Ukhuwah

Khutbah Jumaat Negeri Selangor menekankan betapa pentingnya bagi umat Islam berpegang teguh kepada dasar akidah Islam sebagai kunci penyatuan. Walaupun berbeza pandangan dalam pelbagai isu namun, selagi perbezaan itu tidak melanggar batas akidah dan syariat, seharusnya umat Islam kekal bersatu dan bersaudara. Pemimpin umat Islam juga diingatkan agar sentiasa menyeru kepada perpaduan, bukannya kepada api permusuhan.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Tuntutan Melunaskan Hutang

Khutbah Jumaat minggu ini mengingatkan jemaah tentang tuntutan melunaskan hutang. Hutang adalah amanah yang wajib dibayar. Lantas, membuat hutang bererti meletakkan beban tanggungjawab membayar amanah tersebut dalam hidup seseorang. Sesiapa yang berhutang perlu menetapkan niat dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh untuk segera membayar hutangnya mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

Saya Murung. Adakah Talak Sudah Jatuh?

Saya bergaduh dengan isteri dan isteri menghantar Whatsapp nak bercerai. Dia tulis berkali-kali CERAI....CERAI.....CERAI. Saya baca, saya fobia, saya cuba nak padam mesej perkataan cerai tu, tapientah macam mana saya tertekan emoji tanda tangan "thumbs up". Saya takde niat nak bercerai pun, niat saya hanya nak padam mesej itu. Adakah sudah jatuh talak? Mohon bantu saya, saya murung sekarang.

8 Ciri Lelaki Cerdas Emosi

Emosi selalu dikaitkan dengan wanita sedangkan lelaki juga punya perasaan. Ramai yang beranggapan kaum lelaki tiada hati, lasak dan kurang emosi. Dengan memiliki kecerdasan emosi, lelaki mampu mengenali, bijak mentafsir, kemudian bertindak balas dengan baik kepada apa yang mereka rasa. Mari Kenali 8 Ciri Lelaki Cerdas Emosi.

Zihar Atau Tidak?

Suami bergurau mengatakan perut isterinya sama seperti perut ibunya. Di mana hendak maksudkan buncit seperti ibunya yang sudah tua. Kadang-kadang suami juga sering bergurau mengatakan perut isterinya sama besar seperti perut suaminya. Adakah situasi di mana suami mengatakan perut isterinya sama seperti perut ibunya dianggap lafaz zihar? 

Blog at WordPress.com.

Up ↑