Juadah Melayu Sedap di Tingkap Cafe, PJ

Tingkap Cafe membawa pengunjung menikmati pelbagai juadah Melayu yang sedap dengan harga yang berpatutan. Bertempat di sebuah deretan kedai di PJ Old Town, kafe ini menggamit kenangan masa silam apabila menampilkan konsep vintaj dengan tatarias barangan antik masyarakat Malaysia.

Halal Tetapi Ragu-Ragu

Kebelakangan ini tular di media sosial berkenaan produk makanan yang tertentu yang dikatakan menjadi penyumbang dana kepada aktiviti pembunuhan umat Islam di Palestin. Saya musykil berkenaan hukum memakannya kerana produk tersebut jelas disahkan halal oleh pihak berautoriti.

Dakwaan Menyamakan Ulama Dengan Pendeta Gereja Di Zaman Gelap Eropah

Terdapat golongan aliran pemikiran di Malaysia mengkritik ulama sebagai individu yang memiliki autoriti dalam bidang agama dan beranggapan bahawa sebahagian masyarakat Islam melakukan kesilapan dengan mendewakan ulama yang dianggap sebagai maksum dan memutuskan semua persoalan yang timbul dalam kehidupan mereka. Benarkah dakwaan menyamakan ulama dengan pendeta gereja di Zaman Gelap Eropah?

Menghormati Kedudukan Ulama Dan Imam Mazhab

Baru-baru ini telah berlakunya perdebatan di media sosial berkenaan keharusan untuk mengkritik secara terbuka pandangan ulama yang bergelar imam mazhab dan ini telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat apabila terdapat segelintir pihak yang tidak segan silu melemparkan cacian, makian serta menimbulkan persepsi negatif terhadap ulama yang bergelar imam mazhab dan bertaraf mujtahid mutlak dalam dunia keilmuan Islam. Bayan Linnas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kali ini bertujuan memberikan penjelasan mengenai adab-adab ketika bersama ulama, keperluan masyarakat untuk bermazhab dan nasihat kepada umum.

Blog at WordPress.com.

Up ↑