Doa-Doa Dari Al-Quran Untuk Ibu Bapa Tercinta

Salah satu cara terbaik yang boleh dilakukan anak-anak ialah sentiasa menitipkan doa yang ikhlas kepada ibu bapa walaupun mereka tidak lagi bersama kita. Rasulullah SAW menyarankan kita untuk terus mendoakan ibu bapa kita kerana sesungguhnya doa akan terus memberi manfaat kepada mereka.

Kenali London Central Mosque

Pada tahun 1940, Kerajaan British telah dipujuk untuk mempersembahkan tapak di London kepada komuniti Islam Great Britain. Kabinet perdana menteri Winston Churchill kemudian membenarkan pengambilalihan tapak untuk membina sebuah masjid di London pada 24 Oktober 1940. Walau bagaimanapun, pembinaan masjid ini hanya bermula pada tahun 1974.

5 Cara Menghindari Hubungan Sulit Di Pejabat

Apakah penyebab hubungan sulit di pejabat terjadi dan bagaimanakah cara untuk mengelak daripada terlibat sama jika anda sudah mempunyai keluarga? Dan bagaimana untuk menjaga tatasusila jika anda masih bujang dan sedang mencari pasangan? Jangan dituding jari kepada lelaki sahaja, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 

Pertelingkahan Manusia Di Hadapan Allah SWT Pada Hari Kiamat

"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?" Para sahabat menjawab: "Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang sudah tidak lagi memiliki dirham dan harta benda." Baginda bersabda: "Orang yang muflis adalah orang yang datang pada hari Kiamat dengan membawa amalan solat, zakat dan puasa, Namun dia datang dalam keadaan dahulu pernah mencaci maki si fulan, menuduh dan memfitnah fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan ....

Manusia Terakhir Yang Keluar Dari Neraka Dan Masuk Ke Dalam Syurga

Daripada Nabi SAW, "Manusia akan berjalan di atas jambatan neraka Jahanam yang di atasnya terdapat duri, cangkuk-cangkuk besi, perentap-perentap yang merentap manusia di kanan dan kiri sedangkan di kedua-dua tepinya (neraka Jahanam) terdapat para malaikat yang berkata, "Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah. Antara manusia ada yang berlalu seperti angin, ada yang berlalu seperti seekor kuda yang dipacu, ada yang berlari, ada yang berjalan, ada yang merangkak dan ada yang mengesot. Adapun penghuni neraka yang mereka ialah para penghuninya, mereka tidak mati dan tidak hidup...

Carilah Lailatulqadar

Kita telah melalui fasa puasa hampir 2/3. Justeru yang berbakinya sudah hampir kepada 10 akhir Ramadan yang disangkakan terdapat padanya malam al-Qadar. Semoga kita dapat mengisi 10 malam terakhir dengan acara ibadat dan InsyaAllah dengannya kita memperolehi malam Lailatulqadar.

Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Cahaya Al-Quran

Generasi terdahulu telah membawa amanah menyebarkan cahaya al-Quran ke seluruh dunia. Dan sebagai kaum muslimin hari ini, sepatutnya kita mengambil tanggungjawab sebagai penjaga dan pemelihara al-Quran walaupun pada hakikatnya Allah SWT jualah sebenar-benar Penjaga dan Pemelihara bagi Kalamullah yang suci itu. Kita bertanggungjawab membaca, merenungi maksudnya, serta mengamalkan segala ajaran yang terkandung padanya kerana tidak ada satu pun isi al-Quran tersebut yang samar-samar dan tidak ada keraguan langsung padanya bagi orang yang beriman.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Ramadhan dan Al-Quran

Marilah kita berusaha menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan untuk berinteraksi dengan al-Quran. Kita juga hendaklah berazam untuk mengkhatamkan bacaan al-Quran kita di bulan yang mulia ini. Di samping membaca al-Quran, kita juga disarankan untuk mendengar bacaan alQuran daripada orang lain sama ada semasa solat berjemaah, bacaan alQuran di televisyen, radio dan sebagainya. Mudah-mudahan bacaan kalam Allah SWT yang didengari ini mendapat keberkatan, yang akan masuk ke dalam jiwa, seterusnya berakhlak dengan akhlak al-Quran. 

Al-Quran : Kalamullah Yang Mukjizat

Artikel ini memberi fokus bagi menjawab dakwaan yang dikeluarkan oleh segelintir non-muslim yang mendakwa sebanyak 70% kandungan al-Quran adalah diambil dan dicedok dari kisah-kisah lama yang wujud sebelum kedatangan Islam itu sendiri. Sesungguhnya Al-Quran itu ialah kalamullah yang mukjizat.

Memelihara Kemuliaan Nama Allah Satu Tanggungjawab 

Isu berkaitan kesucian nama Allah kembali timbul dan hangat diperkatakan dengan tersebarnya berita sebuah kedai serbaneka menjual stoking yang tertulis kalimah suci. Peletakan nama Allah pada tempat dan pakaian tersebut telah mencerminkan penghinaan terhadap kalimah suci berkenaan sehingga boleh menimbulkan sensitiviti dan kemarahan dalam kalangan umat Islam. Dapatkan penjelasan serta nasihat kepada pihak yang terlibat daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) tentang isu ini.

Uthman Bin Affan R.A:  Sahabat Yang Tinggi Budi Pekerti, Penyantun, Lemah Lembut Lagi Pemalu

Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya itulah Rasulullah SAW pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman." Memang Rasulullah SAW biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saidina Uthman r.a akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑