Carilah Lailatulqadar

Kita telah melalui fasa puasa hampir 2/3. Justeru yang berbakinya sudah hampir kepada 10 akhir Ramadan yang disangkakan terdapat padanya malam al-Qadar. Semoga kita dapat mengisi 10 malam terakhir dengan acara ibadat dan InsyaAllah dengannya kita memperolehi malam Lailatulqadar.

Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Cahaya Al-Quran

Generasi terdahulu telah membawa amanah menyebarkan cahaya al-Quran ke seluruh dunia. Dan sebagai kaum muslimin hari ini, sepatutnya kita mengambil tanggungjawab sebagai penjaga dan pemelihara al-Quran walaupun pada hakikatnya Allah SWT jualah sebenar-benar Penjaga dan Pemelihara bagi Kalamullah yang suci itu. Kita bertanggungjawab membaca, merenungi maksudnya, serta mengamalkan segala ajaran yang terkandung padanya kerana tidak ada satu pun isi al-Quran tersebut yang samar-samar dan tidak ada keraguan langsung padanya bagi orang yang beriman.

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Ramadhan dan Al-Quran

Marilah kita berusaha menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan untuk berinteraksi dengan al-Quran. Kita juga hendaklah berazam untuk mengkhatamkan bacaan al-Quran kita di bulan yang mulia ini. Di samping membaca al-Quran, kita juga disarankan untuk mendengar bacaan alQuran daripada orang lain sama ada semasa solat berjemaah, bacaan alQuran di televisyen, radio dan sebagainya. Mudah-mudahan bacaan kalam Allah SWT yang didengari ini mendapat keberkatan, yang akan masuk ke dalam jiwa, seterusnya berakhlak dengan akhlak al-Quran. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑