Penjelasan Isu Memegang Kaabah Ketika Tawaf Bagi Amalan Umrah Yang Telah Lepas

Apabila seseorang memegang Kaabah semasa melakukan Tawaf dalam amalan umrah, ini akan menyebabkan tawafnya terbatal. Sekiranya dia tidak tahu tentang perkara itu, adakah situasi ini akan menimbulkan kerumitan apabila dia pulang ke tanahair kerana dia dikira masih berada dalam ihram dan tidak sah dia melakukan beberapa perkara seperti menikahkan anaknya. Adakah tanggapan ini benar? Baca penjelasannya.

Rancak Berdosa Di Media Sosial – Elak Lakukan 6 Perkara Ini!

Di zaman ini, jangan kata anak-anak remaja, nenek dan datuk pun ada akaun Facebook dan Instagram, malahan juga segelintir TikTok! WhatsApp pula dijadikan pusat bersosial, berkongsi rasa, berita, maklumat, fitnah dan sebagainya. Perlu diingat bahawa media sosial ini membuka terlalu banyak ruang untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Islam, dan menyebabkan ramai yang terjebak dan rancak berdosa tanpa memikirkan akibatnya.

Qiyas Iblis

Setiap qiyas yang membawa kepada perlanggaran hukum dan arahan Allah S.W.T adalah merupakan qiyas iblis. Golongan yang melakukan qiyas seumpama ini dianggap sebagai pengikut Iblis.

7  Terapi Menangani Depresi

Depresi merupakan gangguan mental dan emosi yang mungkin berpunca daripada tekanan hidup yang dihadapi oleh seseorang, ditambah lagi dengan keadaan sosio-ekonomi yang tidak menentu, ditambah pula persekitaran tempat tinggal mahupun pekerjaan yang tidak banyak membantu yang mengakibatkan tekanan. Hakikatnya, depresi adalah bentuk ujian kehidupan yang perlu ditangani. Dalam Islam konsep terapi itu sendiri terkandung dalam penghayatan akidah, ibadah dan tasawuf yang menjadi intipati amalan seseorang muslim. 

Nama Anak-Anak Iblis

Syaitan dan Iblis sentiasa berada di sekitar kita dan tujuan utama mereka ialah untuk menyesatkan anak Adam. Dengan mengetahui apa yang mereka tumpukan, peliharalah diri kita daripada syaitan yang direjam.

Pertelingkahan Manusia Di Hadapan Allah SWT Pada Hari Kiamat

"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?" Para sahabat menjawab: "Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang sudah tidak lagi memiliki dirham dan harta benda." Baginda bersabda: "Orang yang muflis adalah orang yang datang pada hari Kiamat dengan membawa amalan solat, zakat dan puasa, Namun dia datang dalam keadaan dahulu pernah mencaci maki si fulan, menuduh dan memfitnah fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan memukul si fulan. Amal-amal kebaikannya dibahagi-bahagikan kepada orang-orang tersebut. Jika hak yang pernah dia langgar belum dapat dipenuhi semuanya, sedangkan amal-amal kebaikannya sudah habis, maka kesalahan-kesalahan mereka diambil lalu dipikulkan ke belakangnya. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.” Riwayat Muslim (2581), Ahmad (8829) dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (338)

Teks Khutbah Jumaat (WP): Bekerja Kerana Allah

Bekerja merupakan suatu amanah yang terkait juga padanya etika dan moral serta kaitan dosa pahala. Setiap kerja yang dilakukan menuntut kepada kesediaan mental dan fizikal serta paling penting sifat ikhlas dan penyerahan diri kepada Allah SWT kerana nanti pada akhirnya setiap yang dilakukan itu akan dinilai oleh Allah SWT. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑