Hari raya ialah hari kemenangan bagi orang yang beriman di dunia seperti hamba yang dilepaskan oleh tuannya. Semua ini hanya berlaku pada 1 Syawal dan bukan pada hari-hari lain dalam bulan Syawal. Bahkan di 1 Syawal umat Islam diharamkan berpuasa. Persoalannya, bolehkah kita terus ziarah-menziarahi, menjamu makanan, bermaaf-maafan dan memberi duit raya dalam bulan Syawal atas nama sambutan Aidilfitri? Adakah ia termasuk dalam perkara bid’ah yang tercela?
Ancaman Kepada Yang Memutuskan Tali Persaudaraan
Kalimah Silaturrahim diambil daripada dua perkataan Arab iaitu “صلة” yang bermaksud hubungan dan “الرحم” bererti kaum kerabat yang terdekat. Ia membawa maksud memelihara dan menyambung hubungan dengan kaum kerabat yang terdekat. Memutuskan silaturrahim adalah antara sebab kenapa disegerakan azab seseorang di dunia lagi sebelum tibanya Hari Akhirat.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bagaimana Kita Menyambut Syawal?
Bulan Syawal ini sewajarnya dijadikan masa untuk kita terus bersyukur dan beristiqamah menjadi hamba Allah yang soleh setelah sebulan bertungkus lumus melawan godaan hawa nafsu di bulan Ramadhan, dan ia bukannya Eidulfitri waktu untuk kita kembali kepada sikap dan perangai lama yang kurang baik. Jadikanlah bulan Ramadhan yang dilalui sebagai pendidik untuk kita terus menjadi hamba Allah yang Rabbani dan bukan semata-mata hamba Ramadhani.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Ziarah Tautkan Ukhuwah
Bulan Syawal merupakan bulan yang sinonim dengan amalan mengeratkan ukhuwah, berkasih sayang dan ziarah menziarahi dalam kalangan sanak saudara mahu pun rakan taulan. Justeru, mimbar mengajak para jemaah untuk menyuburkan amalan berziarah bagi merapatkan hubungan persaudaraan.