Tips Mengelak Dari Mengumpat & Cara Bertaubat Daripada Dosa Mengumpat

Mengumpat ialah memperkatakan hal yang tidak disukai seseorang yang dilakukan di belakangnya. Imam Ibnu Hajar berpendapat bahawa boleh dianggap mengumpat juga jika ia dilakukan di hadapannya. Walaupun cerita yang disampaikan itu adalah benar tetapi ia tetap tidak diharuskan. Jelas betapa seriusnya Islam dalam menjaga kehormatan diri dan hak orang lain.

Jauhi Sikap Ekstrem Dan Melampau Dalam Kempen Memboikot

Salah faham yang timbul dalam sesetengah orang adalah mereka menyangka bahawa sikap ekstrem dan berlebihan dalam mengamalkan agama adalah sesuatu yang terpuji. Hal ini dalam semua bentuk termasuk perbuatan seperti ibadah, adat, rutin seharian dan sebagainya. Sikap ektrem dan melampau ini bukan suatu perbuatan yang terpuji dan tidak dianjurkan oleh Islam. Perbuatan ini terhasil dari kejahilan terhadap agama dan sikap terburu-buru mengikut emosi.

Blog at WordPress.com.

Up ↑