Islam menggalakkan umatnya untuk bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Ini kerana, bekerja merupakan salah satu wasilah atau cara untuk mendapatkan rezeki, dan sifat tekun ini merupakan salah satu lambang atau tanda keislaman.
Pertelingkahan Manusia Di Hadapan Allah SWT Pada Hari Kiamat
"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?" Para sahabat menjawab: "Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang sudah tidak lagi memiliki dirham dan harta benda." Baginda bersabda: "Orang yang muflis adalah orang yang datang pada hari Kiamat dengan membawa amalan solat, zakat dan puasa, Namun dia datang dalam keadaan dahulu pernah mencaci maki si fulan, menuduh dan memfitnah fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan memukul si fulan. Amal-amal kebaikannya dibahagi-bahagikan kepada orang-orang tersebut. Jika hak yang pernah dia langgar belum dapat dipenuhi semuanya, sedangkan amal-amal kebaikannya sudah habis, maka kesalahan-kesalahan mereka diambil lalu dipikulkan ke belakangnya. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.” Riwayat Muslim (2581), Ahmad (8829) dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (338)
Hukum Membalas Whatsapp Ketika Khutbah
Semua mengetahui bahawa makmum tidak dibolehkan bercakap-cakap waima berzikir ketika khutbah. Namun, bolehkah seseorang membalas Whatsapp ketika khatib sedang menyampaikan khutbah?