Adakah Jin Juga Mati Seperti Manusia?

Firman Allah SWT: أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِم مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ Maksudnya: Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka - dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi. (Surah al-Ahqaf 46:18)

Peringatan Al-Quran

Manusia yang beriman kepada apa yang diturunkan oleh Allah SWT, iaitu Al-Quran dan beriman dan membenarkan apa yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Ishaq a.s., Nabi Ya'qub a.s. dan para anak cucu Nabi Ya'qub. Kerana inti semua yang diturunkan Allah SWT kepada mereka adalah sama. seperti yang dijelaskan oleh... Continue Reading →

Hukum Taubat Berulang-Ulang Kali

Sebagai manusia, kita tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan kemudiannya bertaubat. Apabila nafsu kembali menguasai diri, ramai yang kembali mengulangi maksiat tersebut dan kemudiannya cuba bertaubat kembali. Apakah hukumnya bertaubat berulang kali?

Buku Pilihan: Biografi Aisyah binti Abu Bakar 

Karya Sulaiman An-Nadari ini membawa kita mengenali Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a. yang bukan hanya isteri kepada Rasulullah SAW, beliau juga merupakan ilmuwan fikah yang hebat, mengetahui asas ilmu perubatan, pernah mengetuai pasukan tentera dan pemikir strategi perdamaian. 

Kelebihan Membaca Ayat Al-Kursi

Ayat Kursi atau dikenali juga sebagai Ayatul Kursi (آية الكرسي) merupakan ayat ke 255 daripada Surah Al-Baqarah. Dikenali sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran, ayat Kursi sangat istimewa kerana ia mengisahkan keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas.

7 Sifat Lelaki Yang Wanita Senangi

Dalam memilih pasangan hidup, bukan lelaki sahaja yang perlu berkenan dengan pasangannya, wanita juga diberi pilihan untuk memberi kata putus samada setuju atau tidak untuk memeterai sesebuah perkahwinan. Bagi lelaki yang sedang aktif mencari pasangan hidup, mymuslimin.com menyenaraikan 7 perangai lelaki yang kaum Hawa senangi pada bakal pasangannya. Jika merasakan diri perlu diperbaiki diri, berusahalah mulai hari ini. 

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bagaimana Mendidik Hati Dan Merawat Jiwa

Masalah penyelewengan akidah dan kejadian gejala sosial sosial dilihat semakin berleluasa di dalam masyarakat dan ini adalah petanda awal suatu kehidupan yang memesong jauh daripada kehendak syarak. Antara cara untuk menghindarinya ialah dengan menjadikan ketetapan agama sebagai benteng kehidupan seseorang yang mengaku beriman. Justeru carilah kekuatan dan luangkanlah masa untuk hadir mendalami ilmu agama melalui pembelajaran formal atau hadir ke majlis-majlis ilmu, tausiah dan tazkirah di masjid atau surau.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Syawal Merealisasi Umat Terbaik

Dengan penghayatan dan pengamalan Islam seolah-olah menjadi semakin lemah, pudar dan luntur dalam diri kita ditambah dengan isu-isu kecurangan suami isteri yang semakin membimbangkan dan mampu menggugat serta meruntuhkan institusi rumah tangga dan banyak lagi, umat Islam perlu sedaya upaya bangkit sedar untuk melakukan islah iaitu penambahbaikan dengan penuh kesedaran dan membuka mata hati dengan seluasnya dengan apa yang sedang membarah dalam masyarakat.

Blog at WordPress.com.

Up ↑