Mengumpat ialah memperkatakan hal yang tidak disukai seseorang yang dilakukan di belakangnya. Imam Ibnu Hajar berpendapat bahawa boleh dianggap mengumpat juga jika ia dilakukan di hadapannya. Walaupun cerita yang disampaikan itu adalah benar tetapi ia tetap tidak diharuskan. Jelas betapa seriusnya Islam dalam menjaga kehormatan diri dan hak orang lain.
Jauhi Sikap Ekstrem Dan Melampau Dalam Kempen Memboikot
Salah faham yang timbul dalam sesetengah orang adalah mereka menyangka bahawa sikap ekstrem dan berlebihan dalam mengamalkan agama adalah sesuatu yang terpuji. Hal ini dalam semua bentuk termasuk perbuatan seperti ibadah, adat, rutin seharian dan sebagainya. Sikap ektrem dan melampau ini bukan suatu perbuatan yang terpuji dan tidak dianjurkan oleh Islam. Perbuatan ini terhasil dari kejahilan terhadap agama dan sikap terburu-buru mengikut emosi.
8 Tanda Matang Emosi
Umur bukanlah penanda aras kematangan, itu fakta. Mereka yang berumur mungkin mempunyai lebih pengalaman hidup tetapi tidak semestinya menjadikan mereka matang emosi. Ada yang sudah berusia tetapi masih berperangai seperti remaja berdarah muda, tidak tahu mengawal perasaan dan keputusan dalam kehidupan seharian. Sebaliknya, ada juga anak muda yang cukup bijak mengurus emosi ketika berdepan dengan pelbagai situasi. Menurut kajian pakar terdapat 8 tanda jelas seseorang itu sudah mencapai matang emosi.
Kelebihan Sedekah Secara Sembunyi Mengatasi Kehebatan Makhluk Yang Lain
Keikhlasan kepada Allah SWT dalam suatu amalan dapat mengatasi kekuatan dan kehebatan makhluk Allah SWT yang lain.
Tidak Berpuasa Penuh Ketika Ramadan Tetapi Berpuasa Enam Syawal, Adakah Dapat Pahala Puasa Setahun?
Jika saya puasa enam Syawal tapi tidak berpuasa penuh ketika Ramadan kerana sakit atau datang haid, adakah saya memperoleh kelebihan yang disebut dalam hadis itu?
Hadis 40 Imam Nawawi: Hadis 30 – Allah Menetapkan Kewajipan
Hadis nombor 30 ini menegaskan bahawa kewajipan (hukum Allah) hanya ditentukan oleh Allah SWT, dan setiap manusia perlu mematuhinya.
Ciri-Ciri Ahli Syurga dan Neraka
Setiap hamba diciptakan dalam keadaan fitrah yang suci sebelum syaitan memesongkan mereka daripada jalan yang lurus. Ciri-ciri ahli syurga dan neraka dapat diketahui melalui sifat mereka semasa hidup di dunia.
Solat Dhuha Sedekah Kepada 360 Sendi
Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut. Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha. Solat ini dilakukan sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita termasuklah nikmat 360 sendi yang dicipta di tubuh manusia.
Solat Sunat Isyraq Banyak Kelebihannya
Apakah waktu sebenar Solat Sunat Isyraq dan kelebihannya serta perbezaannya dengan Solat Sunat Dhuha?
Hukum Berzikir Dalam Hati
Apakah hukumnya seseorang itu berzikir di dalam hati dan adakah mendapat pahala jika melakukannya?
Kedudukan Selawat Berbanding Zikir
Adakah kedudukan selawat itu lebih tinggi berbanding zikir?
Adakah Sambut Hari Raya Sebulan Itu Bid’ah?
Hari raya ialah hari kemenangan bagi orang yang beriman di dunia seperti hamba yang dilepaskan oleh tuannya. Semua ini hanya berlaku pada 1 Syawal dan bukan pada hari-hari lain dalam bulan Syawal. Bahkan di 1 Syawal umat Islam diharamkan berpuasa. Persoalannya, bolehkah kita terus ziarah-menziarahi, menjamu makanan, bermaaf-maafan dan memberi duit raya dalam bulan Syawal atas nama sambutan Aidilfitri? Adakah ia termasuk dalam perkara bid’ah yang tercela?
Ancaman Kepada Yang Memutuskan Tali Persaudaraan
Kalimah Silaturrahim diambil daripada dua perkataan Arab iaitu “صلة” yang bermaksud hubungan dan “الرحم” bererti kaum kerabat yang terdekat. Ia membawa maksud memelihara dan menyambung hubungan dengan kaum kerabat yang terdekat. Memutuskan silaturrahim adalah antara sebab kenapa disegerakan azab seseorang di dunia lagi sebelum tibanya Hari Akhirat.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bagaimana Kita Menyambut Syawal?
Bulan Syawal ini sewajarnya dijadikan masa untuk kita terus bersyukur dan beristiqamah menjadi hamba Allah yang soleh setelah sebulan bertungkus lumus melawan godaan hawa nafsu di bulan Ramadhan, dan ia bukannya Eidulfitri waktu untuk kita kembali kepada sikap dan perangai lama yang kurang baik. Jadikanlah bulan Ramadhan yang dilalui sebagai pendidik untuk kita terus menjadi hamba Allah yang Rabbani dan bukan semata-mata hamba Ramadhani.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Ziarah Tautkan Ukhuwah
Bulan Syawal merupakan bulan yang sinonim dengan amalan mengeratkan ukhuwah, berkasih sayang dan ziarah menziarahi dalam kalangan sanak saudara mahu pun rakan taulan. Justeru, mimbar mengajak para jemaah untuk menyuburkan amalan berziarah bagi merapatkan hubungan persaudaraan.
Hukum Kahwin Di Bulan Syawal
Adakah berkahwin di bulan Syawal itu sunnah Rasulullah SAW dan apakah hukum berkahwin di bulan Syawal?
Berpuasa 6 Di Bulan Syawal: 3 Perkara Perlu Tahu
Puasa enam hari di bulan Syawal selepas Ramadan adalah sunnah yang penuh dengan pahala dan fadhilat yang melimpah ruah. Berikut adalah 3 perkara yang anda perlu tahu tentang puasa 6 Syawal.
Hadis 40 Imam Nawawi: Hadis 29 – Amalan Ke Syurga
Hadis nombor 29 ini menyenaraikan amalan-amalan yang dapat membawa seseorang itu ke syurga Allah SWT dan menjauhkan manusia dari neraka.
Waktu-Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah
Adakah zakat fitrah boleh dibayar di bulan Ramadan? Apakah masa yang afdal untuk melunaskan zakat fitrah? Bilakan masanya makruh untuk membayar zakat fitrah dan bila pula ianya menjadi haram? Ikuti penjelasan ini.