Dosa Lalu Yang Membelenggu

Seorang wanita yang sudah berkahwin telah berzina. Kemudian dia bertaubat nasuha dan tidak mengulangi perbuatannya. Tetapi dosa ini kerap membelenggu dirinya. Apakah amalan yang boleh dilakukan untuk memperoleh keampunan Allah SWT? 

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Tuntutan Melunaskan Hutang

Mimbar ingin mengingatkan hadirin Jumaat agar menyemai tanggungjawab melunaskan segala hutang piutang seperti pembiayaan peribadi, sewa beli kenderaan, pembiayaan perumahan, pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain termasuklah hutang dengan orang lain walaupun nilainya kecil. Letakkanlah keutamaan terhadap pembayaran hutang terlebih dahulu berbanding perbelanjaan sampingan yang lain.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Akidah Sahih Penyelamat Ummah

Mimbar pada hari ini menyentuh isu penyelewengan akidah yang sedang berlegar dalam masyarakat terutamanya di media sosial melalui penstriman langsung (live streaming) dengan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi biarpun mereka berada dan beroperasi di luar negara. Justeru, jemaah perlu berwaspada dan mengawasi ahli keluarga supaya tidak terjebak ke dalamnya.

Refleksi Konsep Qawwam 2:  Kunci Kepimpinan Lelaki Qawwam

Lelaki sejati tidak gentar dan lari dari tanggungjawab kelakian. Lelaki sejati menerima peranan dan segala tugas serta tanggungjawabnya. Mereka membawa diri dengan bermaruah dan memimpin dengan penuh tanggungjawab. Apabila seorang lelaki mempunyai sifat-sifat ini, dia tidak perlu menyuruh sesiapa pun untuk mengikut telunjuknya.

Hukum Meminta Sedekah Tanpa Keperluan

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Sahl Ibn Hanzaliyyah R.A yang menceritakan perbualan Nabi SAW bersama sahabatnya yang bermaksud: “Barangsiapa yang meminta-meminta, padahal dia mempunyai sesuatu cukup untuk dirinya, maka beerti hanya memperbanyak bara api neraka Jahannam.” Lalu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dikatakan cukup baginya?” Baginda menjawab: “Sesuatu yang mencukupi untuk makan siang dan malam.” (Riwayat Abu Daud 1629)

Cara Mengimarahkan Masjid

Sabda Nabi s.a.w: “Siapa sahaja yang pergi ke masjid atau pulang dari masjid dan mendahulukan amalan itu daripada perkara lain, maka Allah s.a.w akan menyediakan untuknya jamuan daripada dalam syurga setiap kali dia pergi dan pulang itu.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Mengambil Tanah Orang Lain

Hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, baginda bersabda: مَنْ أَخَذَ مِنَ الأَرْضِ شَيْئًا بِغَيْرِ حَقِّهِ خُسِفَ لَهُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى سَبْعِ أَرَضِيْنَ Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil tanah (meskipun) sedikit tanpa haknya maka dia akan ditenggelamkan dengan tanahnya pada hari kiamat sampai ke dasar tujuh lapis bumi.” (Riwayat Bukhari) Adapun orang yang melakukan perkara ini, kalau ia bersolat atau melakukan amalan soleh, ia masih dapat pahala amalannya itu. Namun dosa ini juga dipertanggungjawabkan ke atasnya dan ia akan menerima balasan yang buruk.

Adakah Saya Jatuh Murtad? 

Baru-baru ini saya bergaduh dengan pasangan dan ini memberi tekanan pada saya sehingga terkeluar ayat "ya memang pun saya tak ada agama". Saya tidak bermaksud untuk keluar dari agama tetapi perasaan marah saya membuatkan saya meluahkan ayat tersebut. Adakah saya telah jatuh murtad? 

Refleksi Konsep Qawwam 1: Apakah Qawwam?

Qawwam ialah perkataan yang digunakan untuk mendefinisikan peranan suami dalam sesebuah keluarga. Dalam mendefinisikan qawwam, skopnya, hadnya, dan tanggungjawabnya, kita boleh mengetengahkan peranan sebenar seorang lelaki dalam masyarakat Islam. Untuk artikel pengenalan ini, kita akan memberi tumpuan terutamanya kepada definisi qawwam mengikut tradisi ulama.

Blog at WordPress.com.

Up ↑