Bilakah Azan Jumaat Yang Pertama Dikumandangkan, Ketika Masuk Waktu Atau Sebelumnya?

Mengapakah azan solat jumaat di Wilayah tidak sama waktu seperti yang dilaungkan pada zaman Saidina Usman RA, bukankah pada zaman beliau azan dilaungkan kira-kira 30 minit sebelum masuk waktu dan azan kedua semasa masuk waktu. Di Wilayah dan kebanyakan negeri, azan pertama dilaungkan pada masuk waktu dan azan kedua selepasnya dalam lebih kurang 10 minit. Mengapakah terdapat perbezaan dalam hal ini dan bolehkah ia diubah?

Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Takwa dan Pekerjaan

Takwa adalah kunci kejayaan setiap mukmin kerana Allah SWT akan sentiasa berada di sisi hamba-Nya yang bertakwa kepada-Nya dalam apa jua keadaan. Setiap pekerjaan yang dilakukan kerana Allah SWT hendaklah dibuat dengan bersungguh-sungguh dan penuh ketekunan. Maka, sama-samalah kita terapkan sifat takwa dengan menjadikan pekerjaan sebagai aktiviti yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT kerana pekerjaan yang dilakukan dari sumber yang halal dan dibelanjakan kepada yang halal juga dapat memperolehi keberkatan di dunia dan kebaikan di akhirat. 

Teks Khutbah Jumaat (WP): Usah Tertipu Lagi!

Mimbar mengingatkan jemaah agar berhati-hati dan tidak terjebak dengan penipuan scammer yang terlalu licik memperdaya. Usahlah rambang mata dengan skim yang menawarkan ganjaran lumayan tanpa perlu berusaha. Amalkan tindakan proaktif dan kawalan diri sebagai langkah penting dalam pencegahan jenayah penipuan dalam talian.

Blog at WordPress.com.

Up ↑