8 Cara Semarakkan Cinta 

Perhubungan yang sihat memerlukan usaha berterusan daripada kedua belah pihak. Ijab kabul itu wajib tetapi ianya bukanlah kunci ajaib yang memastikan perhubungan akan kekal bahagia selama-lama. Ya, janjinya ‘I love you til Jannah’ tetapi hakikatnya ramai pasangan yang terpisah walaupun kedua sosok ini masih di atas bumi?

Bolehkah Menggunakan Mimpi Sebagai Hujah Dan Mempercayai Takwilannya?

Para ulama’ membahagikan mimpi kepada tiga bahagian. Tafsir mimpi tidak boleh dipelajari oleh sebarangan orang kecuali golongan yang diberikan kelebihan oleh Allah SWT untuk mengetahui rahsia-rahsianya. Tafsir dan takwil mimpi hendaklah datang daripada orang yang beramal soleh, bersikap jujur dan sentiasa berkata benar. Hanya mimpi para nabi dan rasul sahaja merupakan mimpi yang benar yang dijadikan sumber hukum serta merupakan hujah syarak, kerana mereka dilindungi Allah SWT dan terlepas daripada mainan syaitan.

Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Kasih Seluas Lautan

Tugas anak kepada kedua ibu bapa merupakan tugas yang sangat agung dan utama. Ibu bapa ialah anugerah kepada kita untuk mengumpul sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah SWT. Justeru, Allah SWT memerintahkan untuk kita bersyukur kepada Allah SWT dan berbakti kepada kedua ibu bapa kerana merekalah syurga dan dalam masa yang sama mereka juga ujian buat kita. Bagaimana kita berbakti dan melayani mereka, itulah yang menjadi penentu kepada kesudahan hidup kita di dunia dan akhirat kelak.

Blog at WordPress.com.

Up ↑