Cara Mengimarahkan Masjid

Sabda Nabi s.a.w: “Siapa sahaja yang pergi ke masjid atau pulang dari masjid dan mendahulukan amalan itu daripada perkara lain, maka Allah s.a.w akan menyediakan untuknya jamuan daripada dalam syurga setiap kali dia pergi dan pulang itu.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Mengambil Tanah Orang Lain

Hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, baginda bersabda: مَنْ أَخَذَ مِنَ الأَرْضِ شَيْئًا بِغَيْرِ حَقِّهِ خُسِفَ لَهُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى سَبْعِ أَرَضِيْنَ Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil tanah (meskipun) sedikit tanpa haknya maka dia akan ditenggelamkan dengan tanahnya pada hari kiamat sampai ke dasar tujuh lapis bumi.” (Riwayat Bukhari) Adapun orang yang melakukan perkara ini, kalau ia bersolat atau melakukan amalan soleh, ia masih dapat pahala amalannya itu. Namun dosa ini juga dipertanggungjawabkan ke atasnya dan ia akan menerima balasan yang buruk.

Blog at WordPress.com.

Up ↑