Refleksi Konsep Qawwam 3: Membesarkan Qawwam

Ramai kaum wanita hari ini merungut kerana lelaki yang benar-benar bertanggungjawab hanya tinggal beberapa kerat sahaja di dunia ini. Bertambah malang, fenomena lelaki kebudak-budakan pula yang semakin membarah dan ramai lelaki muda dalam umur 20-an hanyalah sekadar budak lelaki yang bertambah umur mereka tetapi masih belum menjumpai sifat matang. Lantas, ibu bapa perlulah melakukan beberapa perkara dengan betul ketika membesarkan anak-anak lelaki. 

Hukum Beramal Untuk Mendapatkan Khadam Ayat

Khadam dari sudut istilahnya dalam konteks ini adalah pembantu manusia dalam kalangan jin.Khadam ayat ini terkenal dalam kalangan mereka yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional atau amalan kebatinan Melayu. Jadi, sebagai muslim bolehkah kita mengamalkannya?

Teks Khutbah Jumaat (WP):  Audit Diri Pencetus Kecemerlangan

Di sepanjang 1445H ini, sudah tentu kita telah melalui suka duka, kejayaan dan kegagalan, mendepani resam kehidupan di dunia yang penuh dengan cabaran dari Allah SWT. Untuk memastikan semua yang telah dilalui memberi impak positif, auditlah diri dan bermuhasabah. Muhasabah ialah perbuatan menilai diri untuk memperbetulkan kesilapan, memperbaiki kelemahan dan belajar dari kegagalan untuk mencapai kejayaan.

Garis Panduan Taaruf Menurut Islam

Fitrah manusia cenderung mencari pasangan untuk berkahwin, namun pemilihan pasangan dan proses perkenalan hendaklah selari dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Dapatkan garis panduan dalam Islam berkaitan proses taaruf antara lelaki dan perempuan.

‘Childfree by Choice’ Menurut Perspektif Syarak

Sejak kebelakangan ini, trend Bebas Anak atau Childfree ini semakin meluas dalam kalangan masyarakat khususnya bagi pasangan muda suami isteri yang baru berkahwin. Justeru, marilah kita mendapatkan kupasan pejabat mufti dari perspektif syarak supaya kita dapat memberikan penjelasan kepada masyarakat.

Blog at WordPress.com.

Up ↑