Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Perpaduan Dalam Kepelbagaian

Islam sebagai cara hidup yang syumul menyediakan pedoman lengkap berkaitan hukum-hakam, undang-undang, peradaban dan tatasusila kehidupan umat Islam bersama masyarakat bukan Islam. Prinsip utama melayani semuanya secara sama rata melainkan atas beberapa aspek sahaja. Riwayat daripada Safwan bin Sulaim RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah sesiapa yang menganiaya seseorang bukan Islam (kafir) yang membuat perjanjian, mengurangkannya atau membebaninya di luar kemampuannya atau dia mengambil sesuatu daripadanya tanpa kerelaannya maka aku akan menjadi pembelanya kelak pada hari Kiamat.” (Riwayat Abu Daud)

Blog at WordPress.com.

Up ↑