Agama Islam, Kristian dan Yahudi memiliki pemahaman yang berbeza tentang Nabi Isa al-Masih AS. Perbezaan yang demikian memberi implikasi yang besar dari aspek akidah terhadap Nabi Isa al-Masih AS. Ikuti perbahasan Nabi Isa al-Masih AS dalam al-Quran.
Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Keutamaan Pencegahan Salah Guna Dadah
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mencatatkan bilangan perilaku penyalahgunaan dan pengedaran dadah sehingga September 2023 adalah seramai 128,911 orang, di mana 77.3 % adalah berbangsa Melayu. Penyalahgunaan dadah menjauhkan diri seseorang itu daripada Allah SWT seterusnya boleh menghancurkan nilai kehidupan kita dan keluarga tersayang serta menyebabkan kerugian sepanjang hayat di dunia dan akhirat. Persoalannya, apakah peranan kita sebagai ahli masyarakat dalam membendung gejala ini daripada terus berlaku?
Teks Khutbah Jumaat (WP): Krisis Kemanusiaan: Ujian Buat Umat Islam
Menurut UNHCR, sehingga pertengahan tahun 2023, 110 juta orang kehilangan tempat tinggal akibat konflik, peperangan, dan penindasan. 36.4 juta terpaksa melarikan diri ke negara lain. Mereka ini dikenali sebagai Al-Muhajirin dan Al-Laji’in, atau pelarian dalam bahasa kita. Di Malaysia, terdapat 188,210 orang pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar. Kebanyakan mereka dari etnik Rohingya, Syria, Yaman, Palestin, dan lain-lain. Krisis pelarian ini sebenarnya adalah medan ujian buat kita untuk bergelar mukmin sebenar.