Bacaan doa atau zikir yang boleh kita amalkan, ketika ingin menanggalkan pakaian atau masuk ke dalam tandas bagi menunaikan hajat atau mandi atau seumpamanya, agar aurat kita terpelihara daripada pandangan mata jin dan syaitan ialah dengan membaca ‘Bismillah’ (dengan nama Allah).
Sifat Tercela: Marah
Ketahuilah bahawa marah itu adalah nyalaan api yang diambil daripada api Allah yang dinyalakan, yang dapat membakar sehingga sampai ke hati. Dan barangsiapa yang hatinya dikuasai dengan perasaan marah, sesungguhnya hatinya telah bersegera ke saluran syaitan.