Teks Khutbah Jumaat (Selangor): Bahaya Ancaman Ateis

Fahaman Ateis bertitik tolak dari kegagalan untuk mengenali Allah SWT sebagai Pencipta alam. Ada yang mendapat sedikit pendedahan tentang agama tetapi kerana tidak menambah ilmu, mereka hanya mengkaji sendiri lalu membuat kesimpulan mudah bahawa Allah SWT, alam ghaib dan akhirat tidak pernah wujud. Fahaman Ateis sangat merbahaya dan fahaman ini terus berkembang sehingga hari ini.  Oleh itu umat Islam hendaklah mempelajari agama Islam dengan sempurna dan tidak berhenti menuntut ilmu dan perlu cakna dengan perkembangan pemikiran menyeleweng terutama dalam media atas talian.

Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Nasihat Buat Umat 

Kebelakangan ini, mimbar melihat wujud suasana kurang harmoni dalam kalangan masyarakat terutamanya kalangan umat Islam sendiri dalam beberapa isu. Perbezaan pendapat merupakan lumrah dan berlaku disebabkan oleh terdapat perbezaan ilmu, kefahaman, pengalaman, persekitaran dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jika tidak dikawal dengan bijak, akan mewujudkan jarak sempadan dalam kalangan masyarakat.Perbahasan dan pertelingkahan yang diheret di media-media sosial hanya akan mengundang fitnah dan kesan buruk yang lebih besar. Bukankah Islam sangat mengutamakan kasih sayang dan budaya saling menghormati antara satu sama lain? 

Blog at WordPress.com.

Up ↑