Di zaman pascamoden ini kelihatannya cukup ramai manusia yang tidak kenal siapa sebenarnya diri mereka. Justeru, mereka berlagak dan bertingkah laku dengan cara yang menggambarkan bahawa mereka sebenarnya menentang dan bertarung dengan tabii diri mereka sendiri. Persoalan utama ini perlu diselesaikan dengan berpandukan kepada pernyataan Allah SWT sebagai Pencipta yang Maha Mengetahui segala sesuatu berkait dengan tabii ciptaan-Nya yang paling sempurna ini.