Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Hidup Bersyukur, Masa Depan Teratur 

Tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya. Nikmat yang kita terima, ujian yang kita hadapi merupakan sebahagian fitrah dan rencam hidup yang dilalui oleh setiap orang. Nikmat yang diberi oleh Allah bertujuan melihat sama ada kita bersyukur atau sebaliknya. Manakala ujian bertujuan menguji keimanan, kebijaksanaan serta keteguhan semangat kita dalam menghadapi dan mengatasinya. 

Fadhilat Surah Al-Kahfi

Mengapa amalan bacaan Al-Kahfi di setiap jumaat atau bacaan Al-Kahfi 10 ayat awal atau akhir setiap hari masih gagal untuk hindarkan diri dari fitnah lebih-lebih lagi di media sosial. Saya risau jika ada fitnah yang boleh buatkan saya terpedaya dengan membaca atau berkongsi sesuatu, bagaimana mungkin saya boleh lepas dari fitnah terbesar dunia fitnah Dajjal. Apa halangan yang buatkan amalan itu tidak sempurna? 

Teks Khutbah Jumaat (WP): Angkara Lisan, Sengsara Insan

Saban hari, rata-rata pengguna media sosial berkomunikasi dengan lisan untuk membuat pemberitahuan serta berkongsi maklumat dan pandangan. Tanpa sedar, ramai dalam kalangan kita sering menggunakan lisan untuk mencela, menghina, mencemuh, menuduh dan memfitnah. Hakikatnya, musibah akibat mulut adalah jauh lebih besar kebinasaannya kerana ia bakal mengundang azab di neraka. 

Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Amal Yang Setia Menunggu 

Apabila kita mati dan meninggalkan dunia ini, maka kita tidak mengambil walau sedikit pun manfaat dari keluarga dan harta kecuali doa keluarga bagi kita. Maka, seberapa sediakah kita menghadapi sakaratul maut yang menyakitkan? Seberapa sediakah kita menghadapi soalan Munkar Nakir di alam kubur? Dan seberapa sediakah kita menjalani perbicaraan di hadapan Allah SWT yang Maha Adil? 

Amanah Dalam Kehidupan

Sifat amanah merupakan salah satu sifat yang mulia dalam ajaran Islam. Amanah juga merupakan salah satu sifat yang wajib bagi Rasulullah SAW. Sifat ini akan memandu manusia dalam amalan seharian dan menentukan baik buruk akhlak seseorang dalam urusan seharian. 

Blog at WordPress.com.

Up ↑