ASMAUL HUSNA – AL-MUQSITH (Yang Maha Mengadili)

Asmaul-Husna yang ke-86 ialah Al-Muqsith yang bererti Tuhan yang bersifat Maha Adil. Tidak mungkin Allah SWT bersifat zalim dan berat sebelah, kerana Dia telah mengharamkan sifat zalim itu ke atas Zat-Nya yang Maha Agung. Bersikap adil bukan sahaja terhadap kawan tetapi juga terhadap lawan. Asas keadilan ialah kepatuhan terhadap Allah SWT.

Was-Was: Cara Penyelesaiannya

Syaitan akan membisikkan bisikan ke dalam hati-hati anak Adam ketika anak Adam berada dalam keadaan sedih dan gembira. Jika manusia itu berjaya untuk mengingati Tuhannya, maka syaitan itu akan menjauhinya.

Sabar dan Syukur, Dua Sayap Kehidupan Mukmin

Setiap manusia pasti akan dihadapkan dengan ujian dan nikmat yang silih berganti. Dalam menyingkapi ujian, sabar dan syukur merupakan dua konsep penting dalam Islam yang boleh dijadikan amalan hidup yang efektif. Kedua-dua konsep ini ibarat dua sayap yang mengangkat kehidupan seorang mukmin dalam mencari ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup.

6 Taman Cantik Mesti Kunjung di London

Bagi warga Malaysia yang berkunjung ke London, apabila letih membeli-belah atau melawat muzium, singgahlah dulu di taman-taman ikonik ini untuk bersantai bersama keluarga di samping mengambil gambar-gambar menarik berlatarbelakangkan flora dan fauna kota ini.

Isu Pembekuan Jenazah Bayi Muslim Di Hospital Swasta

Baru-baru ini tular suatu berita berkenaan tindakan sebuah hospital swasta yang didakwa menahan dan membekukan jenazah bayi selama dua minggu hanya kerana pesakit tidak mampu membayar kos kelahiran bayi tersebut. Di sini dikongsikan pandangan Islam secara umum yang menuntut umatnya supaya mempercepatkan proses pengurusan jenazah.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Bahagia Memberi, Syurga Diganjari

Harta yang kita miliki merupakan perhiasan dunia, dan dalam masa sama ia juga adalah ujian buat manusia.Mereka yang dianugerahkan harta kekayaan diuji dengan tuntutan infak, bersedekah dan mengasihi insan lain. Manakala mereka yang tidak berharta pula diuji dengan tuntutan bersabar, qanaah dan reda. Justeru, Islam telah mensyariatkan zakat, infak dan wakaf sebagai jalan untuk menyelamatkan umat ini daripada fitnah harta.

Blog at WordPress.com.

Up ↑