Hukum Menghantar Makanan Tidak Halal Oleh Rider Muslim 

Saya bekerja sebagai food rider. Saya ada hantar makanan yang tidak halal di mana saya ambil makanan dari kedai tidak halal dan hantar makanan tersebut kepada yang bukan muslim. Sebagai food rider kami tiada pilihan untuk ambil id halal sahaja. Walaupun bila kami dapat order tidak halal kami boleh cancel tetapi apabila kerap sangat cancel order, rating kami akan jatuh dan id kami akan digantung. Adakah pekerjaan kami ini haram, dan kami dah tak boleh kerja dah?

Abu Lahab Dan Kisah Kematiannya

Abu Lahab, sosok yang kacak dan popular di zaman Rasulullah SAW, yang mempunyai empayar perniagaan, akhirnya mati dalam kerugian, amalnya tersia-sia kerana usahanya yang bersungguh dalam menentang agama Allah SWT dan menentang dakwah Rasulullah SAW semasa hidupnya. Harta yang dibanggakannya tidak dapat menolongnya dan tidak pula dapat menolong dirinya. Ikuti kisah kematiannya yang sangat hina.

Khaulah binti Al-Azwar: Wanita Paling Berani di Zamannya

Beliau adalah seorang penyair wanita yang terkenal. Puisi-puisinya penuh dengan keindahan dan kehebatan. Beliau juga terkenal dengan keberanian dan kecantikannya. Beliau merupakan salah seorang wanita paling berani pada zamannya, dan keberaniannya sering disamakan dengan Khalid bin al-Walid dalam serangan-serangannya. 

Teks Khutbah Jumaat (WP): Nisfu Syaaban, Persiapan Menyambut Ramadan

Hari ini kita telah memasuki hari yang ke-15 Syaaban. Inilah hari yang dikenali sebagai Nisfu Syaaban. Ini bermakna, berbaki dua minggu sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Menurut Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, malam dan siang hari Nisfu Syaaban merupakan dua waktu yang mempunyai kelebihan. Kita digalakkan untuk menghidupkan malam dan siang hari ini dengan ibadah.

Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

Kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sabit namun amalan tertentu pada malam tersebut adalah tidak ada sama sekali melainkan amalan yang bersifat umum seperti memperbanyakkan zikir, istighfar kepada Allah SWT, solat-solat sunat, berdoa, bersedekah dan lain-lain lagi.

Nafkah Anak Yatim Tanggungjawab Siapa? 

Saya telah kematian suami 6 tahun yang lalu dan saya mempunyai seorang anak bersamanya. Keluarga mertua arwah suami saya masih ada, termasuk ibu dan bapa mertua. Saya juga telah berkahwin lain pada 3 tahun yang lepas dan mempunyai seorang anak. Siapakah yang bertanggungjawab menafkahi anak sulung saya? Adakah dia tanggungjawab suami baharu, datuk atau bapak saudara terdekatnya?

Blog at WordPress.com.

Up ↑