Di bulan Ramadan yg mulia dan berkat ini marilah sama-sama kita saling membantu untuk pembangunan surau madrasah Al-Bayan yang bertempat di Gentam, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Zakat Dan Al-Quran Menjana Kesejahteraan
Antara peristiwa agung yang berlaku dalam bulan Ramadan ialah Nuzul al-Quran iaitu turunnya al-Quran. Sebuah kitab yang penuh barakah dan menyeru agar manusia mengikutinya untuk mencapai kejayaan dan rahmat Allah SWT. Islam juga mewajibkan zakat fitrah ke atas umatnya dengan hikmah dan tujuan yang tersendiri. Ingatlah bahawa ibadah puasa Ramadan yang kita laksanakan adalah tidak lengkap sekiranya kewajipan zakat fitrah tidak ditunaikan.