Eidulfitri hakikatnya mengajak kita menginsafi bahawa fitrah manusia pada dasarnya suka kepada kebaikan dan inginkan kebenaran. Oleh itu, bersihkanlah jiwa dan hati ini daripada sifat-sifat mazmumah dan tanamlah sifat-sifat mahmudah, dan bimbinglah keluarga ke arah kehidupan yang dirahmati dan diredhai oleh Allah SWT.