Masih Wujudkah Khawarij?

Dari segi sejarah, kemunculan Khawarij berkait rapat dengan suasana ketidakstabilan politik yang berlaku dalam kalangan umat Islam pada penghujung zaman Khulafa al-Rasyidin. Namun, terdapat banyak nas-nas syarak dan hadis yang menunjukkan bahawa kelompok Khawarij akan terus wujud hingga ke akhir zaman. Jika Khawarij terdahulu berpegang kepada doktrin mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar, tetapi pada hari ini wujud mereka yang mengkafirkan sesama Islam hanya kerana dosa-dosa kecil atau khilaf di dalam perkara-perkara furu’ agama atau berbeza pendekatan dalam isu politik.

Blog at WordPress.com.

Up ↑