Kita kini berada di ambang bulan Zulhijjah, bulan yang penuh dengan keutamaan dan keberkatan. Secara khusus, 10 hari pertama bulan ini memiliki kedudukan yang sangat istimewa di sisi Allah SWT. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiallahuanhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula amalan padanya lebih dicintai oleh-Nya daripada hari-hari yang sepuluh ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Oleh itu, perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid.”
Teks Khutbah (Khas): Dirgahayu Tuanku: Raja Dikasihi, Negara Diberkati
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan pemelihara agama, penyatu bangsa, dan pengaman negara. Kesetiaan kepada Raja bukan sekadar budaya, tetapi tuntutan agama yang dirakam dalam al-Quran. Kewajipan saling mendoakan di antara Raja (pemimpin) dan rakyat merupakan salah satu prinsip penting dalam Islam bagi mewujudkan ukhuwah Islamiyah dan kasih sayang antara satu sama lain.
Hukum Menggunakan Payung Ketika Ihram
Adakah dibolehkan bagi seseorang yang sedang berihram untuk menggunakan payung kerana setahu saya kita tidak boleh menutup kepala ketika sedang berihram.
Berapa Kalikah Rasulullah SAW Pernah Menunaikan Umrah?
Berapa kalikah Nabi Muhammad SAW pernah pergi menunaikan ibadah umrah?
Kenali Masjid Raja Alang, Beranang, Selangor
Masjid Raja Alang di Beranang, Selangor ini dibina sekitar tahun 1926 dan siap pada tahun 1928. Pembinaan masjid ini menggantikan masjid lama yang terbakar. Masjid ini telah dinamakan sempena nama pewakafnya iaitu Raja Alang Bin Raja Berayun. Beliau merupakan hartawan Selangor semasa hayatnya.
Status Agama Individu
Setahu saya, kita dilarang panggil seseorang yg kafir itu sebagai Muslim. Contohnya jika seseorang itu jelas menolak Islam, maka kita tak boleh panggil dia muslim kerana jelas dia kafir. Kenapa sistem di Malaysia banyak menghalang orang kafir dari mendaftar status mereka sebagai kafir?
Hukum Menyimpan Abu Haiwan Peliharaan
Terdapat teknologi terkini yang boleh membakar bangkai haiwan peliharaan dengan mudah. Bolehkah saya melupuskan bangkai haiwan peliharaan cara ini dan menyimpan abunya sebagai kenangan?
LENSA MYMUSLIMIN: Satu Pagi Di Bukit Jugra
Bukit Jugra terletak di Kuala Langat, Selangor menghadap ke Selat Melaka dan mempunyai dua buah Rumah Api di puncaknya. Satu dibina semasa era Inggeris pada ketinggian 146 meter dari permukaan laut dan satu lagi pada 1976 dengan ketinggian 25 meter.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Kasih Ibu, Jalan Ke Syurga
Ibu bukan sekadar gelaran. Ibu ialah insan yang membawa kita ke dunia dengan penuh pengorbanan. Jadi marilah kita terus menghargai ibu, setiap hari dalam hidup kita. Teruslah taat, berbuat baik dan gembirakan hati mereka. Semoga dengan berbakti kepada ibu, Allah SWT membuka jalan ke syurga untuk kita semua.
Hukum Mengerjakan Solat Sunat Wuduk
Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling terbaik yang kamu lakukan di dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku di dalam syurga. Bilal R.A menjawab, Tidaklah aku melakukan amalan yang paling baik di sisiku, aku ini tidak berwuduk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan mendirikan solat dengan wuduk tersebut dengan kadar yang ditetapkan untuk aku solat. Riwayat Al-Bukhari (1149)
Hukum Persenda Agama Islam
Adakah seseorang itu jatuh kafir jika mempersendakan agama atau menjadikan syariat agama bahan lawak? Apakah yang termasuk dalam kategori persendakan agama? Sebagai contoh, ustaz yang sedang menyebar ilmu agama dan dalam memastikan pendengar tidak bosan, ustaz melawak sikit. Adakah itu termasuk dalam kategori persenda agama?
Adakah Wujudnya Khalifah Yang Jahat Dalam Empayar Islam Dahulu?
Benarkah wujudnya ramai Khalifah yang jahat dalam empayar dunia Islam dahulu?
Hukum Pemerintah Mengharamkan Pembunuhan Haiwan Terancam
Setahu saya, Islam menghalalkan membunuh haiwan yang merbahayakan manusia seperti kala jengking. Tetapi, apakah hukumnya apabila pemerintah membuat undang-undang yang mengharamkan rakyat daripada membunuh haiwan terpelihara seperti harimau dan sesetengah jenis gagak atas alasan pemeliharaan spesis tersebut?
Benarkah Malaikat Jibril Pernah Ketawa Melihat Gelagat Manusia?
Apakah kesahihan cerita tentang dailog antara Rasulullah SAW dengan malaikat Jibril AS berkaitan Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS adakah beliau pernah ketawa?
LENSA MYMUSLIMIN: Satu Pagi Di Pantai Kelanang
Seronok melihat anak-anak dan keluarga beriadah bersama pada pagi yang indah di Pantai Kelanang yang terletak di Kuala Langat, bersebelahan dengan Pantai Morib.
Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Solat Istikharah?
Bagaimana kita mengetahui sama ada Allah memberi petunjuk selepas kita melakukan solat istikharah? Sekiranya saya merasakan petunjuk A itu dari Allah, tapi saya pilih B, adakah saya berdosa sebab saya tidak memengendahkan petunjuk Allah?
Benarkah Terdapat Anjuran Mengkhatankan Anak Seawal Usia 7 Hari?
Adakah terdapat saranan dalam agama untuk mengkhatankan anak seawal usia mereka 7 hari?