Teks Khutbah (WP): Zulhijjah: Menguji Cinta Kepada Allah

Kita kini berada di ambang bulan Zulhijjah, bulan yang penuh dengan keutamaan dan keberkatan. Secara khusus, 10 hari pertama bulan ini memiliki kedudukan yang sangat istimewa di sisi Allah SWT. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiallahuanhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula amalan padanya lebih dicintai oleh-Nya daripada hari-hari yang sepuluh ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Oleh itu, perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid.”

Teks Khutbah (Khas): Dirgahayu Tuanku: Raja Dikasihi, Negara Diberkati

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan pemelihara agama, penyatu bangsa, dan pengaman negara. Kesetiaan kepada Raja bukan sekadar budaya, tetapi tuntutan agama yang dirakam dalam al-Quran. Kewajipan saling mendoakan di antara Raja (pemimpin) dan rakyat merupakan salah satu prinsip penting dalam Islam bagi mewujudkan ukhuwah Islamiyah dan kasih sayang antara satu sama lain.

Blog at WordPress.com.

Up ↑