Teks Khutbah Jumaat – Hijrah: Membangun Ummah Madani

Marilah kita semua bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan nikmat tahun baru 1447 Hijrah ini. Semoga segala amal kebaikan yang telah kita laksanakan sepanjang tahun lalu diterima oleh Allah SWT, dan tahun ini menjadi satu titik permulaan pembukaan lembaran baru yang lebih baik dan diberkati.

Ayat-Ayat Al-Quran Tentang Syukur

Apabila kita memikirkan konsep bersyukur dan berterima kasih, adalah penting untuk kita memikirkan bagaimana Allah SWT telah merahmati kehidupan kita dengan pelbagai kebaikan dan bagaimana kita boleh melakukan perkara yang sama dengan berbuat kebaikan kepada sesama makhluk sebagai tanda kesyukuran kita kepada-Nya. Disenaraikan ayat-ayat Al-Quran tentang Syukur.

Teks Khutbah Jumaat (WP): Infak: Benih Kebaikan, Tuaian Keberkatan

Infak merupakan antara ibadah yang paling besar ganjaran pahalanya di sisi Allah SWT. Ibadah ini merupakan salah satu wasilah untuk kita menzahirkan syukur kepada Allah SWT atas nikmat pendapatan yang kita perolehi daripada sumber pekerjaan yang halal, mahupun rezeki-rezeki daripada Allah SWT seperti buah-buahan dan juga hasil tanaman.

Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Ayah: Wira Tanpa Mahkota 

Menjadi ketua keluarga bukanlah tugas yang ringan. Seorang bapa adalah pejuang yang tidak pernah mengeluh. Dia membanting tulang, memeras keringat siang dan malam demi sesuap rezeki yang halal. Dan bapa juhga perlu memimpin dengan contoh yang baik, termasuk dalam ibadah dan akhlak. Jadi, taatilah dan kasihilah para bapa selayaknya dan doakanlah kesejahteraan buat mereka.

Blog at WordPress.com.

Up ↑