Dalam era digital dan ledakan media sosial hari ini dakwah Islam bukan sahaja tersebar lebih meluas bahkan menjadi sebahagian daripada kandungan harian dalam kehidupan masyarakat. Malangnya terdapat segelintir individu yang menjadikan agama sebagai ‘topeng’ demi meraih populariti, pengaruh dan keuntungan peribadi. Mereka memanipulasi sentimen dan mengeksploitasi agama demi kepentingan duniawi sekaligus mencemarkan kesucian dakwah Islam yang sebenar.