Hukum Haramkan Pengambilan Makanan Daripada Daging Haiwan Yang Halal

Sejak kebelakangan ini, aktivisme dalam kalangan penuntut di beberapa universiti luar negara dilihat semakin giat menjalankan kempen kesedaran untuk membanteras kezaliman terhadap haiwan. Antara dakwaan utama yang diketengahkan adalah bahawa krisis global seperti perubahan iklim dan pemanasan dunia berpunca daripada tabiat pemakanan manusia yang berasaskan daging. Situasi ini menimbulkan persoalan penting: Apakah hukum mengharamkan makanan halal yang berasaskan daging disebabkan oleh faktor alam sekitar dan kesejahteraan haiwan?

Ayat-Ayat Al-Quran tentang Kedamaian 

Setiap kita semua mencari ketenangan dan kedamaian dalam pelbagai cara. Keinginan jiwa terhadap ketenangan sebenarnya sedang memimpin kita kembali kepada Allah — kerana hanya Dia yang benar-benar mampu mengurniakan kedamaian yang abadi.

Topeng Dakwah: Bila Agama Jadi Alat Populariti Dan Eksploitasi

Dalam era digital dan ledakan media sosial hari ini dakwah Islam bukan sahaja tersebar lebih meluas bahkan menjadi sebahagian daripada kandungan harian dalam kehidupan masyarakat. Malangnya terdapat segelintir individu yang menjadikan agama sebagai ‘topeng’ demi meraih populariti, pengaruh dan keuntungan peribadi. Mereka memanipulasi sentimen dan mengeksploitasi agama demi kepentingan duniawi sekaligus mencemarkan kesucian dakwah Islam yang sebenar.

LENSA MYMUSLIMIN: Satu Pagi Di Taman Jaya

Taman Jaya ialah destinasi riadah yang popular dalam kalangan penduduk Petaling Jaya. Terletak berhampiran Stesen LRT Taman Jaya, taman ini menawarkan suasana yang tenang dan dikelilingi oleh pelbagai jenis pokok serta sebuah tasik yang indah.

Mengimani Qadar, Rahsia Berjiwa Besar

Dalam kehidupan yang serba tidak menentu ini, ramai yang tercari-cari makna, harapan, dan pegangan yang kukuh untuk terus bertahan. Ada yang tersungkur dalam tekanan hidup, ada pula yang larut dalam kecewa dan marah terhadap keadaan yang menimpa. Di sinilah letaknya keperluan kita untuk kembali kepada asas keimanan, khususnya beriman kepada takdir Ilahi, iaitu qada’ dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

5 Cara Praktikal Menyemai Keyakinan Diri

Kita sering mengagumi individu yang mempunyai keyakinan diri. Mereka kelihatan berupaya melakukan pelbagai perkara dan sering dikaitkan dengan kejayaan. Namun, hakikatnya, ramai remaja dan orang dewasa menghadapi isu kurang keyakinan diri. Berikut ialah lima cara praktikal untuk menyemai dan meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan seharian.

Jangan Biar Hutang Jadi Beban Akhirat

Dalam ajaran Islam, melunaskan hutang merupakan suatu kewajipan yang sangat dititikberatkan. Tanggungjawab ini disokong oleh banyak dalil daripada al-Quran dan sunnah Nabi SAW, yang menegaskan betapa seriusnya urusan hutang dalam kehidupan seorang Muslim.

Sujud Pada Suami

Adakah sahih hadith isteri sujud pada suami ini? “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)]

Mulakan Segalanya dengan Basmalah

Ada satu ungkapan yang ringkas tetapi luar biasa: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ “Bismillahirrahmanirrahim.” atau pendeknya ““Bismillah”  Kita diajar sejak kecil untuk menyebutnya sebelum makan, sebelum belajar, sebelum keluar rumah — bahkan sebelum melakukan apa jua perkara dalam kehidupan. Tetapi semakin dewasa, semakin ramai antara kita yang terlupa atau mengambil ringan tentang kekuatan lafaz ini.

Hentikan Normalisasi Maksiat

Tindakan menormalisasikan maksiat atas nama kebebasan peribadi adalah satu kesalahan besar dari sudut syarak. Setiap Muslim terikat dengan perjanjian dengan Allah SWT sejak di alam roh lagi, dan kebebasan manusia bukanlah mutlak. Apa yang baik atau buruk bukan ditentukan oleh akal semata-mata, tetapi mesti berpandukan syariat. Justeru, masyarakat perlu membina kekuatan rohani, bertaubat, memperbanyak amal soleh dan menjauhi persekitaran yang mendorong kepada kemaksiatan.

Blog at WordPress.com.

Up ↑