Hidup di dunia hanyalah persinggahan, seperti musafir yang singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Rasulullah SAW mengingatkan kita: ‘Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang asing atau seorang pengembara.’ (Riwayat al-Bukhari) Ayat-ayat Al-Quran juga menegaskan bahawa dunia ini hanyalah tempat ujian yang dipenuhi dengan permainan dan senda gurau, sedangkan akhiratlah tempat tinggal yang kekal. Bekalan terbaik untuk perjalanan ini bukanlah harta atau pangkat, tetapi taqwa dan amal soleh yang mengangkat darjat kita di akhirat dan memastikan kita pulang dalam keredaan-Nya.
Kenali Masjid: Masjid India Muslim, Ipoh
Masjid India Muslim Ipoh mula dibina pada tahun 1905 atas usaha komuniti pekerja India yang dibawa masuk oleh seorang tokoh hartawan India Muslim, Shaik Adam Mohammad Ghaus. Beliau bukan calang-calang orang – pengasas Kinta Ice Works dan Kinta Aerated Water Factory, serta dipercayai pembekal tunggal ais di Ipoh ketika itu.