Harta dan anak-anak hanyalah perhiasan dunia, sedangkan amal soleh itulah bekalan kekal. Ayat ini mengingatkan kita bahawa kejayaan sebenar bukan diukur pada harta atau keturunan, tetapi pada amal yang mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi bekal abadi di akhirat.
Empati: Menyulam Hati dengan Kasih Sayang
Empati dalam Islam bukan sekadar simpati, tetapi merasai derita orang lain seolah-olah ia menimpa diri sendiri. Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.’ (HR Bukhari & Muslim). Empati adalah cermin iman, akhlak Rasulullah, dan jambatan untuk menyatukan hati dalam dunia moden yang semakin individualistik.
Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Doa dan Solidariti
Marilah kita satukan hati dan doa, memohon kepada Allah SWT agar melindungi para sukarelawan flotilla, mengurniakan kemenangan kepada rakyat Gaza, dan menghancurkan kezaliman Zionis yang meratah jiwa manusia tanpa belas kasihan. Jangan sekali-kali kita lalai dan leka, kerana apa yang berlaku di Gaza adalah ujian besar yang menyingkap nilai iman seluruh umat Islam.