Ketenangan dan perlindungan sebenar tidak datang daripada tempat kita bersembunyi, tetapi daripada hubungan kita dengan Allah.
Kenali Masjid Jamek Tanjong Malim
Masjid Jamek Tanjong Malim di Tanjung Malim, Perak, adalah sebuah mercu tanda agama dan sejarah yang telah menjadi saksi perjalanan masyarakat setempat selama hampir seabad. Masjid ini mula dibina pada 10 Disember 1918, di Kampung Kubu (dulu dikenali sebagai Tanjung Jambu), kawasan penempatan awal penduduk.
Teks Khutbah Jumaat (Jakim): Lelaki Qawwam, Bukan Sekadar Nama
Lelaki yang sejati bukan sekadar dinilai pada kekuatan tubuh, tetapi pada kewibawaan dan keteguhan jiwanya. Allah SWT telah menetapkan lelaki sebagai pemimpin dalam keluarga, suami kepada isterinya, bapa kepada anak-anaknya, dan anak yang tetap berbakti kepada ibu bapanya hingga ke akhir hayat.
Teks Khutbah Jumaat (WP): Kalam Langit, Amanah Bumi
Kehinaan umat hari ini berpunca daripada hati yang lalai. Hati kita yang sepatutnya disuluh dengan cahaya al-Quran, disibukkan dengan perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada cahaya tersebut. Nikmat penglihatan disibukkan dengan melihat video-video lagha dan maksiat. Alunan-alunan lagu yang tiada manfaatnya dijadikan halwa telinga. Media sosial dan hiburan dieksploitasi untuk merosakkan budaya ketimuran dan akhlak Islam yang diterapkan oleh al-Quran.