Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi di Madinah, lalu bersabda: “Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Pakej Haji Murah: Antara Niat Suci dan Amanah yang Dikhianati
Setiap kali musim haji menjelang, pasti ada kisah sedih yang tular, bakal jemaah tertipu dengan pakej tidak berlesen, wang simpanan lesap, malah ada yang terkandas di lapangan terbang tanpa dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci.