Persiapan Mukmin Menuju Akhirat

Seorang mukmin menyiapkan diri untuk akhirat dengan menumpukan perhatian kepada amal soleh, iman yang teguh, dan cinta kepada Allah serta Rasul-Nya. Dakwaan ghaib atau spekulasi, seperti tanda-tanda Kiamat atau cerita Bani Tamim, tidak sepatutnya mengalih fokus kita.

Makan Sampai Tersandar: Bila Budaya Foodie Melampaui Batas

Dalam industri makanan dan minuman (F&B), strategi pemasaran kini semakin canggih. Iklan bukan lagi menjual rasa, tetapi emosi dan keinginan. Slogan seperti “you deserve this”, “heaven in every bite”, atau “indulge without guilt” disusun untuk menormalisasi hedonisme dan self-indulgence. Namun, Islam menegur dengan tegas gaya hidup melampau ini.

Tadabbur Ringkas Surah al-Kahf 18:46

Harta dan anak-anak hanyalah perhiasan dunia, sedangkan amal soleh itulah bekalan kekal. Ayat ini mengingatkan kita bahawa kejayaan sebenar bukan diukur pada harta atau keturunan, tetapi pada amal yang mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi bekal abadi di akhirat.

Empati: Menyulam Hati dengan Kasih Sayang

Empati dalam Islam bukan sekadar simpati, tetapi merasai derita orang lain seolah-olah ia menimpa diri sendiri. Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.’ (HR Bukhari & Muslim). Empati adalah cermin iman, akhlak Rasulullah, dan jambatan untuk menyatukan hati dalam dunia moden yang semakin individualistik.

Teks Khutbah Jumaat (JAKIM): Doa dan Solidariti

Marilah kita satukan hati dan doa, memohon kepada Allah SWT agar melindungi para sukarelawan flotilla, mengurniakan kemenangan kepada rakyat Gaza, dan menghancurkan kezaliman Zionis yang meratah jiwa manusia tanpa belas kasihan. Jangan sekali-kali kita lalai dan leka, kerana apa yang berlaku di Gaza adalah ujian besar yang menyingkap nilai iman seluruh umat Islam.

5 Motivasi untuk Kekal Istiqamah

Istiqamah bukanlah sebuah titik, tetapi garis panjang yang kita lukis sepanjang hidup. Ada masa kita lemah, ada masa kita kuat, itu lumrah manusia. Namun yang penting, jangan berhenti melangkah. Walau sedikit, tetaplah bergerak.Teruslah melangkah meski perlahan, kerana istiqamah itu lebih bernilai daripada seribu semangat yang hanya seketika.

Tadabbur Ringkas Surah Ar-Ra’d (13:28)

Surah Ar-Ra’d ayat 28 mengajar kita bahawa resah moden seperti stres kerja, ketagihan media sosial, konflik keluarga atau kesedihan hidup, semuanya boleh menjadi ruang untuk kembali kepada Allah, mencari redha-Nya, dan menemukan ketenangan yang sejati.

Seni Sabr dalam Islam: Mendidik Anak yang Kental Jiwa

Ketahanan bukanlah tentang melindungi anak-anak daripada ujian hidup, tetapi membekalkan mereka dengan kekuatan untuk menghadapinya. Dalam Islam, kekuatan ini terletak pada sabr — sabar, keteguhan, pengawalan diri, dan daya tahan. Dengan mengajar anak-anak kita untuk menyambut cabaran, menerima takdir Allah, dan berkembang melalui kegagalan, kita mempersiapkan mereka bukan hanya untuk kejayaan dunia, tetapi juga untuk sebuah kehidupan yang berteraskan iman dan keseimbangan.

Body Tea: Bila Konten Menjadi Fitnah

Fenomena “body tea” mungkin nampak sekadar hiburan, tetapi hakikatnya ia merosakkan maruah wanita dan normalisasi budaya mempamerkan tubuh. Islam memuliakan wanita bukan kerana rupa atau bentuk badan, tetapi kerana iman, akhlak dan ilmu. Jadilah wanita solehah yang menjaga diri, kerana maruah lebih bernilai daripada “likes” dan populariti yang sementara.

Blog at WordPress.com.

Up ↑